Tuesday, November 2, 2010

MRSM MUAR 20 JUN 2010 - Mengimbau Kenangan

Masa 'honey moon' ke JB Jun hari tu saya dan hubby sempat singgah kat sekolah lama kami MRSM Muar, walaupun tak plan pun sebenarnya. Sempatlah ambik gambar. Tapi walau pun dibenarkan masuk, kami tak dibenarkan turun. Dah banyak berubah...yelah dah bebelas tahun berlalu. Walaupun saya kat sekolah ni hanya setahun tapi tetap menyimpan seribu kenangan. Di sana lah kami mulai kenal walaupun tak bercinta. Keputusan berpindah ke MRSM KT dibuat sewaktu tertekan tak dapat sesuaikan diri kat sana...walaupun sebelum tu saya dari MRSM Kerteh..tak tahulah kenapa. terasa sangat berbeza suasana. Walau bila dah akhir tahun masa form 4 tu dah rasa serasi tapi dah terlambat...permohonan dah diluluskan. Sedih juga....


Pintu masuk...dulu bangunan kat sebelah tu pun takde. Masa kami nak ke sana pun hampir hampir tersesat sebab jalan ke sana pun dah banyak berubah. Ditambah pula GPS kat hp hubby tak dapat kesan MRSM Muar huhuhu...



Jalan masuk dari pintu pagar ke dalam MRSM...masih jalan yg sama.


Dewan serbaguna, kat sinilah terawih, qiamullail, konsert dan macam-macam lagi. Kat depan dewan nilah berlaku peristiwa tiang bendera terbalik dan jatuh kat atas bahu saya. Sakit yg membawa kesan agak lama. Rupanya tempurung bahu dah lari dr tempatnya. Dah urut dan masukkan balik baru OK. Tapi bahu ni dah tak kuat...cepat lenguh.



Antara laluan....dulu-dulu kalau nampak my hubby kat laluan ni saya akan cuba cari laluan lain hehehe....

Koperasi...dulu-dulu kat sebelah tu tempat buat announcement kalau ada orang datang melawat. Tapi saya ni jaranglah ada pelawat. Maklumlah jauh.


Kelas saya, 4 Sc 3. Hanya ada 4 orang je perempuan. Selalulah kena buli dengan budak-budak laki huhuhu... Kami batch 'lama' (masuk MRSM sejak form 1) ada kelas tetap. Budak batch baru kena pindah randah ke kelas yg kosong (bila masuk makmal). Time macam nilah digunakan oleh my hubby ( batch baru) menyonteng kat buku-buku saya. Jadi secret admirer (SA) lah kononnya. Yang akhirnya dapat dikesan jua hehehe....



Kalau tak silap ni makmal, selalu ponteng kelas fizik, satu kelas ponteng huhuhu. kami yg perempuan ni terpaksa sebab budak lelaki kelas kami paksa kami. Kesian cikgu . Kami pernah kena marah teruk denga cikgu fizik. Maaf kan kami cikgu....


Rumah ketua warden, masa saya dulu ketua warden di panggil Baim. Garang orangnya.



Saya dulu duk asrama Melur....bangunan kayu. Paling tak dapat dilupakan pernah kena kacau dengan pocong. Masa tu kami tengah kemas sebab baru habis buat satu majlis. Tiba -tiba ada pocong kat belakang asrama. Apa lagi menjerit lari masuk ke dalam asrama. Tapi bila kat dalam baru kami terfikir, betukl ke itu pocong? Kami pun buat-buat berani keluar baling batu kat pocong tu sambil takbir AllahhuAkbar. Mula-mula pocong tu buat berani melompat makin dekat, tapi kami terus baling batu lagi, last2 dia org pun angkat kain terus lari ...hahaha. Bila saya tanya hubby saya, adakah dia antara poocng-pocong itu, jawab dia, " mana ada"....mmmmm boleh percaya ke? hehehehe....


Padang masih ditempat yg sama...

Seronok sebenarnya pergi ke tempat-tempat yg menyimpan banyak kenangan camni, kan. Rasanya zaman belajarlah zaman yg paling seronok.



9 comments:

kayteeze said...

Wah... memang seronok mengimbau tempat belajar dulu, dan tempat jumpa hubby, ekekekeke......

Abang Ben said...

suami ahli masjid masa kat MRSM dulu

Hann said...

huk alo.. nostalgianya..

ima said...

tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat bertemu jodoh...hihihi

Sab said...

..kakaka..ada pocong yg terkejut terjumpa sapa ntah yg pakai kain telekung sidai baju..mmg x dilupakan...

fzi said...

Salam suzi...
...betul... kenangan mengusik jiwa bila tengok sekolah lama...akak pun gitu, bila lalu depan sekolah tak kira sekolah rendah ke, sekolah menengah ke...terus flashback kenangan di masa lalu...terkenang kat sume kengkawan dan cikgu2...huuu

Syarina said...

suzi.. kelas fizik.. saya tak leh lupa.. cikgu latifah marah... ketuk jari kita semua dgnpembaris besi sbb ponteneg dan menyorok belakang lab.. hahahahaha

GreenJade said...

hehe kesian pocong kene belasah..fadan muke? hope incek abg bkn 1 of the pocong eah hehehe

owhh sama kes nih sis..saya & bebudak kelas pon suke ponteng kelas fizik..sbb chekgu garang ya amatttt..seb baik ms form 5 dpt chekgu best...kalu idak..mau nye 1 kelas kantoi SPM hahaha

Suzi said...

syarina...

huhuhu tgn aku hampir nak berdarah tau! sakit. tapi silap kitalah juga. ingat tak kita pun tak pergi kelas pendidikan seni, kan? hampir satu sem. nasib baik lulus...


greenjade,

hehehe...

zaman budak2 kan. mcm2 perangai.
kesian cikgu. cikgu fizik akak tu taklah garang sgt...tapi tak tahu kenapa boys tak suka...kami girls ni ikut je...terpaksa.