Monday, March 30, 2009

Vadai


Buat pagi ni. Permintaan my hubby. Dia memang suka vadai ni tapi jarang buat coz anak2 tak makan. Resepi dr Kak Rinn. Tq Kak Rinn berkongsi resepi...saya copy-paste je....



Bahan-bahan:

250gm kacang dal
2 tangkai cili kering, dihiris halus
1 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam, secukup rasa
Minyak untuk menggoreng



Cara-cara:

  1. Rendam kacang dal selama lebih kurang 4 jam.
  2. Toskan air hingga kering
  3. Kisar kacang dal hingga halus. Tidak mengapa jika masih terdapat sedikit kacang dal yang tidak hancur.
  4. Satukan semua bahan didalam satu bekas.
  5. Gaul rata.
  6. Leperkan di atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yang telah disapu sedikit minyak masak. Ini untuk mengelakkan dari melekat.
  7. Susun di atas dulang yang disapu sedikit minyak masak.
  8. Goreng di atas api yang sederhana besar.


Kata Kak Rin:

Best kalau dapat hasilkan yang rapuh di luar tapi lembut dan lemak di dalamnya.

9 comments:

[-suziey-] said...

this is my hubby's feveret ;)

SRISUFI said...

My peberet kueh ni akak.
Seisi rumah gemar kueh ini.
Kami panggil kueh India, ada 1 lagi yang macam cucur lembut makan ngan kuah kari...sedapnya.


suka rasanya yang berempah2 tu.

ain said...

anak2 akak pun x suka vadai ni. klu akak nk mkn..selalunya beli je. tu payah nk cari org melayu yg jual.

Suzi said...

suziey,
hubby akak pun suka...merengek2 mcm budak kecil suruh akak buat hihihi...

sufi,
betul tu rasa rempah dia tu yg buat sedap tu...

kak ain,
dulu pun saya beli je...
tu yg malas nak buat sbb anak2 tak mkn...kena buat 2 jenis kuihlah...

Sasha said...

Ayoyo!! aci manyak suka makan vadai... dulu suka makan yg India buat... tp skang tak lalu mkn makanan org bukan Islam... hmm kenalah masak sendiri yea?...

azreen said...

lama tak makan.....huhuhuhhu

Tie said...

Kak tie kalau buat bubuh telor dan sedikit gandum...jadi hasilnya lembutlah sikit..tapi garing kat luar.. Memang sedap..!!

GreenJade said...

sedap nih mkn ngn kopi panas

**vadai a.k.a masalodeh

Ummi-Izah said...

Askum suzi..salam ukhuwah dari saya...terima kasih atas resepi ni..saya ambil yer