Thursday, March 5, 2009

Marbled Chocolate Muffins

Resepi saya ambil kat SINI...tq for sharing. Senang dan sedap.
Iman dan Ismail bawa bekal ke sekolah besama sandwich telur.

Bahan2:

  • 1 1/4 cup tepung
  • 1 tablespoon baking powder
  • 1/8 teaspoon garam
  • 1/2 cup gula kastor
  • 2 biji telur
  • 1 cup susu segar
  • 6 tablespoons butter- cairkan dan sejukkan
  • 1 teaspoon esen vanila
  • 2 tablespoons serbuk koko
# saya pakai tepung naik sendiri


Cara2:
  1. Panaskan oven 200 C.
  2. Satukan bahan2 kering kecuali serbuk koko ke dalam satu mangkuk besar.
  3. Pukul telur, susu, butter dan esen vanila.
  4. Buatkan lubang kat tengah2 bahan kering tadi(2) dan tuang bahan cair(3) dan kacau sebati.
  5. Bahagi adunan kepada 2 mangkuk. Masukkan serbuk koko dalam salah satu mangkuk, kacau sebati.
  6. Kemudian cedukkan kedua adunan ke dalam acuan muffin berselang seli.
  7. Bakar selama 20 minit atau masak. Dapat 12 biji muffin.


5 comments:

Tie said...

Kak tie dah lama nak buat muffin ni, tapi muffin cup dah abis, pusing kat kuala berang ni pun tak ada...kena tunggu stok baru, hu hu....

ain said...

lawanya muffin su. akak plan dr hr ke hr nak buat muffin kat umah qis tp tak terbuat2 sampai habis pisang kena bedal ngan anak2.hehe

Suzi said...

kak tie...
kena pergi kuala ganu lah tu..hihihi
dulu saya selalu pergi kuala berang tu...tok sedara duk kg telaga. masa takde bas dulu2...naik prebet sapu...jenuh tunggu. paling best pergi masa musim durian n manggis...pua makan...

kak ain...
kat rumah saya pisng tak tahan lama..semua hantu pisang...kalau nak buat kuih kena asingkan awal2...hihihi

ima said...

sedap nampaknya muffin tu...nak cubalah ...anak2 dok tuntut janji nak buatkan mereka muffin...

Suzi said...

ima...
alhamdulillah memang sedap...kurang manis...trylah...