Thursday, March 5, 2009

Metal to Nasyid???

Dua tiga hari ni my hubby sibuk je dgn projek dia. Projek apa??? Hahaha jgn tak tahu my hubby nak main lagu nasyid. Bagi yg tak tahu...my hubby ni dulu ada band tapi muzik metal. Selepas bersara thn lepas, dia memang teringin sangat nak main lagu nasyid. Maklumlah kalau dah minat muzik tu payahlah nak tinggal terus ye tak??
Nak dijadikan cerita beberapa minggu lepas, Halim Brothers (buat PHD kat sini gak) ajak dia utk satu persembahan sempena sambut student baru,Sabtu ni...bagai org mengantuk disorong bantallah...pulunlah dia berlatih. Nak perform dua lagu...Teman Sejati dan Buatmu Teman...dua2 tu lagu Brothers. My hubby mana biasa main lagu2 slow mcm tu...yelah dulu lagu metal...lagi pun lagu asal tu mana ada gitar so,jenuhlah juga masukkan bunyi gitar...Bila dah siap tu biasalah sayalah yg tukang dengar dulu...saya bukan tahu pun pasal muzik ni tapi kalau sedap dengar kat telinga tu...kira sedaplah hihihi.
Kalau ada sesiapa yang teringin nak dengar lagu yg dah siap utk perform nanti tu klik SINI (lagu Teman Sejati) dan SINI(lagu Untukmu Teman)...atau nak tahu cerita lagi pergi je blog Krenmaut tu...( cam promotelah pulak hihihi...)
Sape2 yg duk adelaide blhlah dtg tengok Sabtu ni...saya dan anak insyaAllah pergi...first timelah ni nak tengok depan mata my hubby perform...dulu2 mana sesuai....



tengoklah tu gelagat Ismail n Isa...nasib baik Sumaiyyah tidur masa tu. Masa ni my hubby panggil saya suruh dengar hasil yg dia dah buat...sibuk diaorg nak main2 lak...

16 comments:

ain said...

wah cayalah hubby su. mesti seronok sabtu ni nanti. Wish your hubby good luck.

p/s...kelakar tengok boys su main celah2 kaki ayah dia.

QiStinA's said...

amboi suzi..hubby u nak perform lagi... nie u kena bagi morale support nie..ha..ha.. jgn lupa masuk blog... have fun...

Anonymous said...

wahhh!!! hebat betul hubby suzi ni ye...begitulah kalau bakat dan minat tu berjalan seiring...

Suzi said...

kak ain...
tq.
budak2 tu memang camtu...asyik nak main je...

moi...
tulah...ingat bila dah gantung gitar takdelah nak buat show lagi...tup tup...ada lagi...hihihi

ima...
minatnya memang sejak kecil lagi...dr zaman sekolah lagi dah main band hihihi...

zureen @ mama said...

Berbakat besarlah hubby kak suzi ni..boleh petik gitar lagi..Good luck.

azreen said...

suzi....mesti anak2 suzi excited nak tengok ayah diorg buat persembahan kan....

UmmuSarah said...

Suzi, jangan lupa amik gambar Sam masa dia tengah perform nasyid. Camne le agaknya gaya dia. kalau dpt amik movie lagi best...dpt le kita sama2 tengok. Iyalah, kita kan jauh mana nak dpt dtg. Wish him all the best...Yassin pun dtg sekali ke? Sape yg nyany nanti?

Mak Su said...

amvoi, berjiwa seni dan berbakat pula :D

caiyuk caiyuk

Ziarah76 said...

Assalamualaikum kak suzi.. gelak besar baca news ni.. Pakai flying v lak tuh.. terkejut org yg dtg kang.. jgn ada yg banging dah.. hehe.. tapi ok gak lagu tu jadinya.. my hubby mujurlah dah jual gitar dia..tp kekadang kalau jumpa gitar tong tu main gak.. gitar mainan pun boleh layan gak..:)
tu kalau ismail n isa ada gitar tuh leh joint gak ngan abahnya tuh..

Mrs Hardlena said...

owhh..ur hubby main muzik ker caya lah. bf my sis yg study sana pun layan metal jgk mesti dia kenal nih. nnt i suh dia pi tgk ur hubby performe hehe

Musliyana said...

wah suzi...all the ebst untuk husband suzi..dyn mmg minat sgt nasyid2 nih...nnt suzi pulak lah..cik abg buat lagu..nama suzi macam UNIC and INteam buat tue..ada lagu untuk isteri tercinta...

naz ilyn said...

salam suzi...
ada bakat gak hubby suzi ni... ok lar tu dari metal ke nasyid.

bebudak ni mane-mane pun nak main seronok jer..hihiih

Sasha said...

dia main gitar ke?... wah!! ganas!! dulu Sha pun gila heavy metal... keje memekak tiap2 hari... lepas dah insaf ni, jatuh cinta ngan nasyid pula...

p/s: nnti ambik video abg ben perform, nak tengok!!

isuzu_aizu said...

wahhh, mantap2 abg ben :D so ape pendapat kak suzi tentang performance beliau? hihihihih

anyway, kak suzi ape kabo skang? hope everything's fine there :D

Unknown said...

wah... tu dia... cayalah husband suzi. kakchik pernah gi krenmaut tu, ingatkan blog suzi jugak. bila cek rupanya husband suzi punya. dari situ pun dah tau yg dia minat muzik.

Tie said...

Kak Tie asalnya keluarga seni, tapi kak tie cuba elakkan dari mendalami muzik. Takut gak, tak kuat iman.

Kagum dengan hubby Suzi...alhamdulillah, dia gunakannya utk ke jalan yang baik.

Sokong hubby suzi, dan suzi sekali, he he....