Monday, March 9, 2009

Banana Crumb Muffin

Ramai dah kawan2 yg buat muffin ni...terliur sungguh tengok. Akhirnya pagi tadi dptlah try resepi ni...copy paste je dr blog Mamafami...terima kasih akak....



Bahan2:

(A)

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 biji pisang ~ dilenyek
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1/3 cawan mentega, dicairkan

(B)
  • 1/3 cawan gula perang
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/8 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar mentega

Kaedah penyediaan :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 375 F (190 C). Sediakan cawan muffin, serta alaskan dengan cawan kertas.
2. Di dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum (A), soda bikarbonat, serbuk penaik dan garam.
3. Di dalam mangkuk yang lain, campurkan pisang, gula, telur dan mentega cair. Kacau sebentar.
4. Tuangkan adunan pisang ke dalam bahan-bahan kering dan kacau hingga bersatu. Sudukan ke dalam cawan muffin yang telah disediakan tadi.
5. Di dalam mangkuk yang kecil, satukan gula perang, tepung gandum dan serbuk kayu manis. Kacau sebati dan masukan mentega. Gaulkan mengguna hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. Taburkan di atas adunan yang telah disudukan ke dalam cawan muffin.
6. Bakar selama 18 hingga 20 minit atau sehingga masak.

8 comments:

ain said...

comeinya muffin dia. Akak baru jumaat lps buat, tp x comel sgt, melimpah keluar muffinnya sbb terlebih letak adunan. nasib baik rasa dia sdp.

Anonymous said...

sedapnya...dah lama nak cuba tapi pisang asyik tak de je...mesti sedapkan...

p/s:ain punya pun apa kurangnya tetap nampak comel...dan mengiurkan.

QiStinA's said...

ha..suzi..mmg sedapkan.. tak rugi cuba...

azreen said...

wow muffin...sedapnye...

Unknown said...

teringin nak buat tapi bila cek gobok serbuk kayu manis dgn gula perang pulak takde, tak jadilah hari ni.

comellah muffin suzi tu.

naz ilyn said...

salam...
saya tau rasanya mesti sedap... tapi guna pisang apa ekkk... semua pisang boleh guna ker..

Suzi said...

kak ain..
lain kali blh buat comel2...
tapi yg pentingnya sedap...

ima...
kat m'sia lagi senang dpt pisang...kat sini kadang2 hrgnya mak ai! takut nak beli...

moi...
betul tu...
rugi sape yg tak cuba hihihi

naz...
rasanya pisang yg sesuai buat cekodok sesuailah kot...

azreen...
sedap...

kak chik...
muffin tu comel mcm tuan dia hihihih...

Suziey Ahmad said...

hohohoh...sgt gebus itu muffin..