Friday, October 10, 2008

Nasi Dagang Perantau

nasi dagang perantau...sesuai bagi yg takde beras utk nasi dagang ataupun yg tak boleh makan pulut. Hanya guna beras jasmin....rasanya tetap sedap...Resepi drp yani@myresipi.com....terima kasih berkongsi resepi ni....

Bahan-bahan ( 6 orang )
  • 4 cawan beras jasmen
  • 1 tin(400ml) santan pekat
  • 4-5 ulas bawang putih-dimayang
  • 1cm halia - hiris macam bilah mancis
  • 1 sudu kecil halba
  • garam
  • gula

Cara-cara

  1. Bersih beras dan rendam. Sekurang-kurangnya 4 jam
  2. Ambik 1/4 tin santan. Tambahkan 1/4 cawan air untuk jadikan santan cair. 3/4 tin santan lagi jadikan sebagai santan pekat.
  3. Masak santan pekat bersama bawang, halba, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama. Nanti nasi akan rasa cepat muak.
  4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula sehingga nasi masak.
  5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
  6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol atau kari ayam.

# saya hanya buat separuh drp resepi...makan dengan kari ayam...yummm.

8 comments:

Tie said...

Kak tie suka juga nasi dagang ni..Nasi dagang ganu guna beras putih, dari klate biasa guna beras merah..Rasa lebih kurang je..Tapi tak boleh makan banyak, cepat muak dan ngantuk laa..

bozzobattousai said...

salam kak,
setiap kali akak post resepi mesti wat saya lapar....

chEMPAKA said...

sedapnya..mak chemps tiap2 thn bt. cuma thn nie je xbuat mogok menantu dia balik raya

ain said...

salam suzi..

Akak suka gak mkn ns dagang ni... Insyaallah ingat nak try satu hari nanti.

Shais said...

tukar selera pulak yer...sedap.

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam
nasi dagang ni favorite akak ni

cHeRyNa PiReS said...

kenape kena pakai jenama jasmin?
yg len tak boleh ke?

* tumpang lompat dlm blog nieh suzie...berminat pulak tgk resepi:D

Suzi said...

salam kak tie...
tu ah takleh nak mkn byk2...
---------------------
salam bozzo n chempaka...
takpe...kat m'sia senang je nak makan...restoran byk hehehe..
------------------
salam kak ain,
selamat mencuba...
--------------------
salam shais n akak crazzy beautiful88,
saya ni org trg...memang suka nasi dagang ni...
------------------
salam cheryna,
bukan beras jenama jasmin tapi beras jasmin...jenama apa2 tak kisahlah....