Thursday, October 16, 2008

Donat Coklat

Ni kali kedua buat...
Maaflah gambar tak elok...bergetar...



Sumber:inassaly FP

Bahan-bahan:
  • 350gm tepung high protein
  • 20gm serbuk koko
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 bungkus (2 sudu teh) yis segera
  • 60gm gula pasir
  • 2 biji telur
  • 175gm susu segar atau susu cair
  • 40gm butter/margerin
  • 1/2 susu teh garam

Bahan topping

  • 250gm coklat masakan- dicairkan
  • dan apa2 bahan hiasan utk hiasan atas donut
# utuk semalam oleh kerana takde coklat masak kat rumah....saya hias dgn ising je.


Cara-cara:
  1. Campur tepung,serbuk koko, serbuk penaik, yis dan gula. Kacau rata.
  2. masukkan telur dan susu cair sedikit demi sedikit sambil di uli hingga jadi doh.
  3. Masukkan butter/margerin dan garam.Uli sehingga doh manganjal. Rehatkan doh selama 20minit.
  4. Tekankan adunan(utk buang angin)bahagikan kepada beberapa bahagian seberat 40gm.
  5. Bentukkan seperti donut dan biarkan selama 45min. (kenaikan kali ke 2).
  6. Panaskan minyak dan goreng donut sehingga masak.Angkat dan sejukkan.
  7. Celupkan ke dalam coklat masakan.dan taburlah dgn hiasan yg di sukai

Ni gambar lama...buat kali pertama dulu....

2 comments:

Sasha said...

Dina sibuk suruh buat donat lepas tgk gambar ni.. Nak bagi alasan apa... terpaksa rajinkan diri jugak... pas ni dah takyah gi dunkin donut...

Suzi said...

salam shasha...
utk anak2 mak kenalah rajin2kan diri ...hehehe...