Wednesday, October 29, 2008

French Crullers


Buat utk minum petang semalam..sedap....resepi drp skyblue@myresipi.com...copy paste je...TQ for the resepi :).

Bahan-bahan ( 12 biji...ikut saiz)

  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan shortening
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum yg telah diayak (115gm)
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla esen
  • Minyak untuk mengoreng
  • Frosting: gula, chocolate, cinnamon... ikut citarasa.

Cara-cara

  1. Panaskan air dalam periuk kecil, masukkan gula, garam dan shortening.
  2. Bila air dah masak, masukkan tepung dan kacau sehingga tepung dah masak dan jadi doh.
  3. Angkat periuk dari dapur, kalau terlalu panas biar sejuk untuk 5 minit.
  4. Masukkan telur dan kacau cepat-cepat sehingga sebati. (Boleh rujuk Cream Puff resepi untuk cara-cara bergambar)
  5. Masukkan doh ke dalam piping bag. Guna tube bintang (nozzle), pipe kan doh (buat bentuk bulat) ke atas potato masher yg dilapis dgn aluminium foil.
  6. Panaskan minyak. Masukkan donut ke dalam minyak dgn potato masher sekali. Goyangkan potato masher, donut akan terapung dan goreng sampai perang.
  7. Bubuh icing atau chocolate megikut rasa. Dihidangkan panas-panas.
*kat resepi asal ada tunjukkan gambar ikut step....

6 comments:

ain said...

salam suzi...

Wah...lepas ni boleh le akak try. mesti anak2 akak suka. senang nak buat pun ye gak..

Tie said...

Macam kuih belimbing kat ganu ni, laa. Ye ke?? Tapi Kak tie tak pernah buat.

cHeRyNa PiReS said...

sekali tgk sha ingatkan muruku la tadi! (apelah sha nieh kan....)

rupenye tidak. ehehe..

tuh la kena bace resepi dulu:D

^aNgRiAni^ said...

ala2 kuih lidah ker kuih ni kak?
nampak mcm setap...kalau ada masa nak try wat :D

Shais said...

kalau buat yg goreng-goreng nie bolehlah nak mencuba....mesti sedapkan.

Suzi said...

salam

kak ain...
cuba akak jgn tak cuba...

kak tie...
haahlah baru teringat...patutlah masa mkn tu rasa mcm pernah makan je...

sha...
mentang2lah baru lepas depavali...hihihi...

angriani...
kuih lidah tu yg mana ye?...hihihi...

shais..
sedap rasanya...manis2 sikit...budak2 sukalah...