Thursday, October 9, 2008

Kuih Getas-getas

Buat untuk sarapan semalam. Oleh kerana permintaan ramai kat rumah ni minum petang pun buat kuih ni juga lagi sekali hehehe. Alhamdulillah takde apa2 letupan berlaku...risau juga....tepung pulut..kan...Kepal padat2 agar takde ruang udara kat dlm kuih tu...mudah2an takdelah letupan...

Bahan-bahan :

  • 250 gm tepung pulut
  • 150gm kelapa parut- saya guna kelapa kering...
  • 130 ml air
  • secubit garam
  • * 3/4 cwn gula
  • * 1/2 cwn air
  • * sehelai daun panadan

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan kecuali yg bertanda *, gaul hingga menjadi doh.
  2. Kepal bulat2 dan dileperkan (saya buat bentuk lonjong) ikut suka saiz, ketebalan dan bentuk. Goreng hingga kekuningan
  3. Dikuali lain, masak bahan bertanda * hingga pekat, bebuih dan bertali. Masukkan kuih yg telah siap digoreng. Pastikan api kecil. Bila gula mula terbentuk dan melekat matikan api.
  4. Sedia utuk dimakan, sesuai utk sarapan dan minum petang.

7 comments:

Tirana said...

Nampaknya macam mudah aje ye nak buat kuih ni..Bahan-bahannya pun senang dapt.

Kak Zue said...

mak kak long suka kuih ni tapi tak pernah pulak cuba buat sendiri. skrg ni mak dah tk boleh makan pulut..huhuhu.

U.Lee said...

Wow, looks nice. Ada lagi? Ha ha.
I've never heard this name before.
Bet it goes well with ice coffee too, ha ha.
You keep well and have a nice day, Lee.

CikMin said...

alhamdulillah...sbb xde letupan kan..klu tidak x berblog cik suzi kita ni..nampak sedap sgt le kueh getas tu..nk terai la...

bozzobattousai said...

salam akak,
nampak sedap kuih tuh. jgn meletup dlm mulut dah la...

Suzi said...

salam,
tirana...tulah simple je nak buat kuih ni...mkn pun sedap ...:)
----------------------
kak zue,
alahai kesiannya....harap mak kak zue cepat sembuh....
---------------------
u.lee,
mungkin ada nama lain kot bg kuih ni...manalah tahu....
-----------------------
cik min,
tulah ...risau juga masa mengoreng tu...
------------------------

bozzo,
meletup kat mulut takpe...senang nak kunyah hehehe....

TEAM B.I.O.N.I.C said...

akak ni bukan kuih yg lembik sikit and rasa nya manis tu kan? selama ni tau makan jak but tak tau apa nama nya