Friday, October 31, 2008

Kindy in the park....

Hari Rabu hari tu Ismail dan Sumaiyyah 'bersekolah' kat civic park...tak jauh pun, lebih kurang 5 minit perjalanan dgn kereta dari rumah kitaorg. Semua kindy kat daerah kitaorg ni berkumpul kat sini dan sediakan aktiviti masing utk dikongsi bersama...macam2lah aktiviti yg ada....

Tempat pertama singgah...kat khemah kindy diaorglah Modbury South Pre-School.
Kindy diaorg sediakan aktiviti hias kipas btk tangan....
Ibu kena tolong si Sumaiyyah....malulah kononnya...


Ismail posing dgn hasil krafnya...'kipas tangan'. Kat belakang dia tu, teacher dia....



Ni pulak antara aktiviti yg disediakan oleh kindy yg lain....



Ismail merajuk coz nak join main yg ni...bapak tak kasi coz nanti leceh nak cuci pulak katanya....


aktiviti melukis...tekunnya budak tu melukis...


main bubbles...biasalah Sumaiyyah nak kena bertemanlah...


hias beg kertas...


main biji apa ntah...macam biji sawi tu....


main alatan muzik...


ni pun ada...dan byklah lagi. Jenuh jugalah kalau nak melayan anak2 kalau nak main semua. Dpt merasa sekejap pun dah ok.


Lepas jalan2 ronda semua khemah2 ...masa utk rehat...bawa bekal pau inti kacang merah...siap ada teh panas lagi hihihi....
Terima Kasih byk2 utk my hubby coz dlm sibuk2 masih lagi sudi bawa dan temankan kitaorg....


tempat kitaorg berehat...


antara permandangan dekat park tu....bangunan belakang tu shopping mall...tempat kitaorg selalu gi shopping...

sebelum balik...lepaskan diaorg berlari2an jap....semput juga main dgn diaorg ni...
Kitaorg balik awal coz my hubby ada meeting dgn superviser dia pukul 2...

9 comments:

ain said...

salam suzi..

seronoknye kindy kat sana.aktiviti2 mcm ni lah yg membuatkan bdk2 suka nak gi sek. Klu kat sini, lbh byk belajar. Kecik2 bdk dah tension dgn homework.Ibu bapa lg la tension.hehehe....

Tie said...

Bestnya...suzi masuk tadika semula..hihi..kak tie rasa nak join lak..Tapi anak2 semua dah besar..bongsu tu dah tahun 4.

Ramai juga yang berseronok di sana tu. Suzi dapat kawan omputeh jugak ke?? Suka tgk omputeh yang warna pink tu!

Shada said...

Alangkah seronoknya kalau tadika kat sini macam gitu:)

Summaiyah masih malu lagi ye:)

cheryna zamrinor said...

terase nak jadi budak2 balik plak bile tgk gambo2 nieh....rase hepi jek...macam takde masalah...thanx kak suzi:D

Musliyana said...

salam suzi..aktiviti mcm tu best kan...gambar yg celup tgn dlm cat tu mmg menarik..kat umah mak ayah tak kasi..kat kindy..ape lagik..jgn lepaskan peluang..kat sini bnyk skill yg budak2 dpt wpun kecil lagi..

Intan said...

Salam Suzi,

Fuhhh seronoknya. Kalau mcm ni, bukan setakat budak2 je yg exited tapi mak bapak pun sama.

Hahaha :D

azza_irah said...

suzi..
seronoknya aktiviti di kindy tu..
kl la kat mesia buat gitu gak kan..
kat sini terhad..kl ada pun masih lum bkembang spt di sanaa..

Unknown said...

masa kakchik buat field work kat tadika2 di sekitar KB ni, jarang jumpa tadika yg buat aktiviti sebegini.
pengurusan tadika kat sini baru nak belajar buat perubahan dlm pengajaran & pembelajaran kat tadika diorang.
bila kakchik tunjukkan gambar2 tadika tmpt org, ramai juga yg berminat...
bestkan tadika kalau mcm tu.

Suzi said...

salam..



kak ain...
betul tu...dulu masa kat m'sia saya pun naik tension bila tiap2 mlm kena tolong iman buat h/w yg bertimbun...tu baru tadika...

kak tie...
kat sini kawan bkn org putih je...mcm warna kulit ada...bangla. india, turkistan...afrika..kwn mcm tu jelah takdelah rapat sangat sbb saya ni bkn pandai sgt ckp omputih hihihi...

shais...
malunya tu memang payah nak hilang...kena 2-3 jam baru ok...

sha...
nak jadi budak2 balik memang takleh...satu caranya..cepat2 kahwin dan dpt anak hihihi....blh join budak2...go kindy...

diyana...
betul tu...rasa bertuah juga anak2 kita dpt rasa cara belajar kat sini...kan?

intan,
masa duk temankan sumaiiyyah kat kindy hari tu rasa mcm seronok je...budak2 pun happy...belajar cara santai...

azza...
kalau dah ada dan ada usaha utk kembangkan insyaAllah tak lama lagi kat m'sia pun blh jadi mcm ni...seronok...

kak chik...
tulah best mcm ni...santai...budak2 seronok cikgu2 pun tak tension....