Thursday, October 16, 2008

Mee Rebus Utara

Ni first time buat mee rebus. ambil resepi ni dari dapur kak Jun. Sedap...tapi kalau letak udang lagi sedap. Saya tak letak coz takde dlm stok kat rumah ni.

Bahan untuk kuah:
  • 1/2 kg daging-rebus hingga empuk
  • tulang-rebus dan ambik airnya
  • 1/2 cawan udang-rebus dan kisar
  • 1/2 cawan kacang dal-rebus n kisar
  • 2-3 biji keledek-rebus dan lenyek
  • 15 tangkai cili kering-kisar
  • 1/2 in kunyit hidup-kisar
  • 10 biji bawang merah-kisar
  • 10 ulas bawang putih-kisar
  • santan
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi.
  2. Tuang santan perlahan2 sambil kacau.
  3. Masukkan air rebusan daging n tulang, keledek, udang dan kacang dhal.
  4. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa.

Bahan2 rencah/sampingan:
  • mee kuning-celur
  • daun bawang-potong halus
  • taugeh-celur (akak guna sawi jek) - sama dgn saya
  • cili merah n hijau-hiris
  • cili api hiris (optional)
  • tauhu-goreng n potong dadu
  • telur rebus
  • cucur gandum - ni saya tambah
Cara hidangan:
Letak mee dalam mangkuk bersama bahan2 perencah/sampingan lain dan tuang kuah. Tabur bawang goreng jika suka.

2 comments:

Sasha said...

Salam Suzi... saja dtg. menjenguk
Wow!! Sedapnya nampak mee rebus tuh... Nak kena try... nak pinjam resipi ye... kita ni hantu mee... suka masak pelbagai jenis mee... masak sendiri puas hati, bole adjust rasa ikut suka...

Suzi said...

salam shasha,
samalah kita...saya pun suka apa2 jenis mee dan seangkatan dgnnya...