Monday, October 27, 2008

Terubat Rindu.....

Semalam aktiviti biasa hari Ahad...pergi sunday market. Ada 2 sunday market yg selalu kitaorg pergi satu di Pooraka dan satu lagi yg besar kat Gepp Cross. Biasa kami agak malas nak pergi yg kat Gepps Cross kerana org ramai...deretan kereta yg beratur nak masuk je biasanya lebih kurang 1/2 km...(kami ni bukan jenis yg suka menunggu lama2 ni). Tapi seronoknya kat sini byk jual sayur2 dan buah2 dgn hrg murah berbanding yg di Pooraka yg byk jual brg terpakai buah dan sayur sikit je...tapi best org tak sesak sangat...Hubby pernah buat n3 pasal sunday market kat Gepps Cross tu...klik SINI...

Semalam angin driver baik dan cuaca pun ok je, so kami pergi yg dekat Gepps Cross. Byk jugalah beli buah2 dan sayur2 serta benda2 lain...
Pembelian paling bermakna semalam adalah benda yg kat dalam gambar kat bawah ni...
.
.
.

.

.
.

jantung pisang dan pisang yg sesuai utk goreng atau buat pengat....dua benda tu AUD 17...huhuhu. Takpe...janji terubat rindu....Separuh dr jantung pisang tu dah 'selamat'...celur cicah sambal belacan...mmm....berselera makan nasi semalam....Pisang tu hajatnya nak masak hari ni....


6 comments:

azza_irah said...

wahh..
makan bes la rini suzi ek..kecur air liur terbayang jantung pisang tu...tak sngka kat sana pun mudah dapat ya...

Tie said...

Jantung pisang tu biasa kak tie buat kerabu (hubby yang ajar). Sedap gak..cicah dgn sambal pun best!

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

ada jugak..tp harga dah jadi mahal ler ye..hehe..
tak balik malaysia ke?

cHeRyNa PiReS said...

sha pon makan jantung pisang arinieh! sha buat gulai dgn lada hitam...:D

nampak cantik pulak jantung pisang nieh dlm gambo:D

IBU KUMBANG said...

import dari indonesia ke jantung pisang tu?

Suzi said...

salam azza...
payah nak dpt jantung pisang dan pisang yg sesuai utk digoreng kat sini azza. dah lama kami cari baru jumpa tu pasal beli je wpun mahal...

salam kak tie...
sedap betul celur dan cicah sambal belacan huhuhu...nak buat kerabu tak tahu...hihihi

salam nrina...
tahun depan balik,,,tak sabar dah ni...

salam sha...
tak pernah lagi lagi buat gulai...nanti satu hari blh cuba...

salam ibu kumbang...
entah lah ye...lupa lak nak tanya...