Tuesday, October 7, 2008

Mee Jepun (Sukiyaki)


Makan malam kami malam ni. Resepi Bro Rozzan tapi saya ambil resepi ni dr dapur UMMI. Hari ni b'day UMMi....happy b'day akak. Saya pun copy paste je resepinya. Terima Kasih akak. Sedap...kena dgn selera kami:). Walaupun bahan tak lengkap pun...

Bahan-Bahan:-
1 1/2 kg mee kuning (cuci dan toskan)
300 gm sawi (potong ikut suka)
1 btg lobak merah (hiris)-optional
2 biji bawang besar (hiris bulat, goreng sebentar)
3-4 ulas bawang putih - tumbuk
3-4 ulas bawang kecil - tumbuk
sedikit serbuk lada putih
sedikit gula (abt 1-2 sudu teh)
garam secukup rasa
kicap manis (abt 1/4 botol besar)
minyak utk menumis
daging lembu (abt 500 gm, hiris nipis & rebus dgn 1 1/2 liter air)
secukup udang (bersihkan, tinggalkan ekor jer)
fish cake (hiris)
crabstick (potong ikut suka)
cendawan butang (hiris)-optional
telur burung rebus (optional- ni isteri I yg pandai2 taruk, nak lawan tokeh gak!)

Cara Menyediakan:-
Rebus daging lembu dgn air di dalam periuk hingga daging empuk. Ketepikan. Kita akan memerlukan stok dari rebusan daging ini utk membuat kuahnya.
Di dalam kuali besar, panaskan minyak dan tumis bawang putih & bawang kecil tadi hingga garing. Kemudian masukkan sedikit air rebusan tadi. Selanjutnya, masukkan hirisan lobak merah, sawi, cendawan, udang, fish cake, crabstick dan daging. Kacau sehingga sayur empuk.

Kemudian masukkan lebihan stok air daging tadi bersama mee, kicap manis, gula, serbuk lada putih dan garam. Sesuaikan rasanya, jika perlu boleh tambah lagi air. Jgn terlalu manis atau masin. Akhir sekali, masukkan gegelang bawang yg telah digoreng tadi dan juga telur burung. Mee Jepun ini sedap dimakan dgn lada hijau jeruk.

Nota:
Mee Jepun ini ala-ala mee kicap dgn menggunakan stok daging lembu sebagai asas utk kuahnya. Sesuaikanlah rasanya dgn citarasa anda. Anda bebas utk menggunakan bahan2 perencah yg anda suka seperti daging, udang, sotong, dll.
Actually, cara kami menghidangkan Mee ini ialah, kami sediakan kuahnya bersama daging dahulu. Bahan2 lain kami tidak campurkan. Bila nak makan barulah kami ambil secukup kuah kicap tadi, panaskan dalam kuali dan masukkan bahan2 sprti lobak merah, sawi, udang, fishcake, dll. Kemudian masukkan mee dan gaul rata.

3 comments:

Shais said...

salam suzi,

nampak macam menarik...mesti try nie.

pagi tadi sibuk mencari resepi mee berkuah...last-last buat speggeti jer:)

Tie said...

Kak tie suka benar mee ni..rasa nak buat kena cari ramuan dulu..

Suzi said...

salam kak tie n shais...
cubalah...makan dgn lada jeruk...yummm. sayangnya kat sini takde lada jeruk....