Wednesday, June 17, 2009

Kentang Scrambled Eggs Gravy

Lauk semalam...resepi dr dapur UMMI. Resepi asal nya dr Mesra.net Resepi
UMMI , terima kasih...saya copy-paste je ye...Satu lg resepi simple n sedap. Saya ganti cili giling dgn sos cili manis sbb takut anak2 tak nak mkn kalau ada rasa pedas...




Bahan:-
  • 2 biji telor
  • 6 biji kentang sederhana
  • 3 biji lada merah/hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit air asam jawa
  • Lada sulah
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar cili giling
  • serbuk perasa (optional)
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak:-
  1. Kupas kentang dan hiris sederhana nipis. Goreng kentang hingga empuk dan kekuningan sedikit. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, tinggalkan lebihkurang 3 sudu besar minyak dan pecahkan telor. Kacau goreng seperti membuat scrambled egg.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih, lada sulah, kicap dan sedikit air asam jawa untuk dapatkan rasa sedikit masam.
  4. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Biar agak pekat sikit.
  5. Masukkan kentang yang telah digoreng tadi. Kacau dan biarkan kentang, telor dan kuah kicap sebati dan masak di dalam kuali.
  6. Masukkan lada hiris tadi untuk memberikan sedikit rasa pedas. Gaul rata.
  7. Hidangkan bersama nasi putih atau boleh diratah begitu sahaja.




9 comments:

Suziey Ahmad said...

hollaa..sy slalu buat lauk ni..lauk org mls sy panggil.ekeke:D

FiDa@aMiDa said...

kak suzie

bak sket boleh buat sarapan pagi kat sini hehehe

Anonymous said...

Hmm... asal lauk kicap je mesti laku punya..!!

ain said...

akak rasa...ratah cam tu aje paling sedappp!!!

Ummi said...

Waaahhh dah buat ya...licin dah ke..akak baru terpk nak tumpang meratah...hehe..thanks for trying.. :D

Dura said...

makan dengan roti pun sedap ..saya suka resepi yg senang2 macam ni..hehe..

Anonymous said...

Best jgk masak mcm ni ye kak.. kite kalau beli kentang sampai lembek2 dok dalam gobok..tak berapa reti nk masak camane.hehe

azreen said...

ni kalo time blehla buatkan....senang je nampak nya....

Suzi said...

suziey,
simple n sedap kan?..

fida,
ambik2 jgn segan silu...

kak tie,
kat rumah saya pun...

kak ain,
betul tu kak...anak saya Isa yg paling suka kentang.

kak UMMI,
sama2...sedaplah kak.

dura,
trylah...sedap kot.

blogresipi,
ijan, kat rumah akak laku je kentang walau goreng biasa je...

azreen.
buat jgn tak buat...sejuk2 ni nak masuk dapur malas je...kan?