Wednesday, June 24, 2009

Roti Bun Coklat Berinti Krim Coklat

Projek baru jap tadi...sambil2 teman hubby tengok dvd. Anak2 kami tidur awal...jadi adalah masa utk kami berdua je...hihihi.
Resepi dr tauke roti di Tokyo tu...Ros. Terima kasih Ros sbb bekongsi resepi yg sedap2...

Bahan2:
  • 200 gram tepung roti/ highprotein flour
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 2 sudu besar susu tepung/skim milk
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur (3/4 biji dimasukkan dalam adunan, bakinya akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun nanti - saya terus masuk sebiji telur...utk sapuan saya guna susu segar.
  • 120ml susu segar atau air suam
  • 1 sudu kecil bread softner/bread improver ( optional)
  • 2 sudu besar serbuk koko
*utk kali ini saya terpaksa guna tpg gandum lebih dr tepung roti sbb dah kehabisan tepung roti....saya pun tak letak susu tepung dan bread softner/bread improver. Tapi alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan.


*untuk inti*
  • sedikit krim coklat yang sapu kt roti tu, tak kisah lah jenama ape, nuttella ke van houten ke. -saya guna nuttella

Cara-cara

  1. Kalau ade BM ( bread maker) boleh masukkan semua bahan kecuali bahan inti dan Pilih menu Dough dan tekan ON. Kalau takde BM boleh ikut cara di bawah.
  2. campurkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli doh biar betul-betul lembut, uli dengan tangan lebih kurang 8 hingga 10 minit.
  3. kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.
  4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh, keluarkan angin dan uli semula doh, kemudian bahagikan pada 12 bahagian kecil dan isikan doh dengan 1 sudu kecil krim coklat, susun atas dulang pembkar dan biarkan naik dua kali ganda.
  5. Sebelum dibakar gils permukaan doh dengan baki telur tadi(saya glis dgn susu segar) , dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.(saya sapu permukaan roti dgn marjerin sebaik shj dikeluarkan dr oven). Sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, anak anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.
  6. Kalau taknak masukkan inti pun boleh juga, atau boleh campukan sedikit coklat cip dalam adunan. Ikutlah selera masing-masing.
Roti siap utk santapan anak2 kesayangan yg bangun pagi esok. Diaorg semua memang bangun awal...pukul 6 pagi dah bangun...kadang2 saya terjaga sbb riuh rendah Iman n Ismail kat bilik dia...itu sbb agaknya diaorg pun tidur awal...pukul 7mlm tu dah duk dalam bilik biasanya.



8 comments:

Dura said...

kena buat ni..nampak senang..harap2menjadi..hehe

Asiah Yacob said...

kak...mintak sikit..kat umah sy dh abis..ptg ni balik keje baru nk buat lagi...hehe..

ain said...

alahai su...geram tengok inti coklat roti tu. bestnya ada BM kan..!

Fiza Nordin said...

k suzi,sy pun baru buat roti cekelet ni...mmg sedap.siap bawa balik kampung heheheee ingat pun nak buat lagilah.aritu buat tak letak inti hanya tabur choc chip jek kali nak try letak inti pulak

Sasha said...

anak2 mesti suka!! asyik dok beli kat luar je... tak fresh, kan?

kayteeze said...

Kak Tie nak buatlah ni... hi hi..

Mak Su said...

hhmmmm, sedapnya....tgk lah cekelat dia tu.... wallaawwwweeee

Suzi said...

dura,
cubalah..insyaAllah jadi tu...

asiah,
ambilah selagi ada hihihi

fiza,
mesti suka famili kat kg dpr mkn roti fresh..kan?

sasha,
apa lagi...trylah buat.hihihi

kak tie,
sila2...nanti saya dtg bawa pinggan hihih

mak su,
sedaaaap!