Wednesday, June 24, 2009

Bingka Labu

Projek malam tadi...buat sarapan hari ni...
Terima kasih CMG dan Kak CT berkongsi resepi...


Sumber: myresipi.com via Dari Dapur CT

Bahan-bahan: (Untuk acuan bulat berlubang tengah berukuran 35cm)
5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (boleh juga guna santan kotak)
200 gm tepung gandum
180 gm gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 gm labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus



Cara-cara:
1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
2.Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi. (ct guna loyang biasa jer)
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



12 comments:

kayteeze said...

Ish ish ish........ rasa rugi betul tak dapat berjiran dengan suzi ni, ekekeke.............

zureen @ mama said...

Dalam family zureen..I'm the only person yg suka mkn kuih2 ni..so hubby selalu suruh beli ajer(lebih jimat kos katanya..huhuhu)

mamasya said...

bingka labu belum pernah mkn...tp labu selalu beli buat msak lemak...

Baru perasan blog Suzi baru sambut anniversary...happy anniversary,moga terus rajin berkarya...kongsi resepi dan cerita...

are said...

sedapkan suzi bingka labu...prnh buat skali ikut resepi ni.

mama Tiara said...

Salam Suzi..saya sihat.tq. belum pernah cuba lg buat bingka ni. mesti sedapkan.

MamaFaMi said...

Mama malas nak buat tapi rajin nak makan...boleh cam tu? :D

ain said...

sabtu ni akak kena buat bingka labu ni. org request utk majlis yasin. minta2 jadi laaaaa.

izat said...

Assalamualaikum kak suzi. Lama tak nyembang ngan kak suzi. Labu, kesukaan Rasullullah s.a.w tuh..
Saya pun suka..
Dah setahun dah kak suzi nya blog..harituh nak wish congrates tp broadband ku sungguh lambat bergerak..tapi tak terlambat kan nak ucap tahniah, keep on your good work..saya suka ngan blog kak suzi ni..memberi byk idea memasak.. he he..selain tuh suka gak mebaca cerita kak suzi kat ostolia nih..Daripada kak suzi ni juga baru tahu ramai gak ahlia karkun ada blog termasuk kak suzi he he..Doa untuk kami ye kak suzi.. Semoga hidayat tersebar seluruh alam.

Deliah's Deli said...

eish sedapnya bengkang labu tu.nak buat ujung minggu ni la ;)
p/s happy 1st anniversary!

CikMin said...

gulpppp.....terliurnyer.....

[-suziey-] said...

almak..xsuke labu..:D

Suzi said...

kak tie,
meh pindah sini hihihi...

zureen,
kalau mcm tu memang patut beli aje...

mamasya,
tq :)


are,
sedap..kan kan...

mamatiara,
sedap. trylah.

mamafami,
kalau kat m'sia blh aje...saya pun suka cam tu hihihi...

kak ain,
waaa dah ada order dah...
insyaAllah jadilah tu...

izat,
besar pahala buat izat n famili...
moga Allah permudahkan segala urusan...

deliah,
trylah...sdp!

cikmin,
kalau teringin kena cepat2 cari tu...nanti meleleh air liur baby tu...

suziey,
rugilah....