Wednesday, June 3, 2009

WAT TAN HOR (masakan ala chinese.... )

Resepi dr Che'iza@my resipi tapi saya ceduk dr Shima's FP...sedap. Saya buat berbuka tadi. Anak2 n hubby pun suka...terus licin...mengalahkan org puasa...hihihi.Terima kasih berkongsi resepi.

* UTK MEE *
  • 300 gm kuey teow
  • 2 ulas bawang putih di ketuk
  • 1 sk kicap pekat
  • 1 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • sedikit serbuk lada sulah / lada hitam

* UTK KUAH *
  • 6 ekor udang - i x bubuh sbb xde gantikan ngan fish cakes
  • beberapa hirisan daging
  • ** cili padi (i tambah sendiri sbb masakan ni mmg x pedas...)- saya letak masa hidang...
  • 1 biji baby jagung
  • 3 helai sawi
  • sedikit lobak merah
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 3 hirisan halia dihiris halus
  • sedikit lada sulah
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • 500 ml air / lebih kurang 3 cwn
  • garam secukup rasa
  • 1 sb tepung jagung bancuh ngan sikit air
  • 1 biji telur
* utk sayur2 tu saya letak apa yg ada je...saya pun hanya guna ayam je...

CARA:

Utk mee >>>
1. Tumis bwg putih hingga kekuningan masukkan kuey teow, kicap pekat, manis n sos tiram. Gaul rata, masukkan lada sulah.
2. Siap angkat mee letak pada 2 pinggan dan ketepikan
Utk kuah >>>
1. Tumis bwg putih n halia hingga kekuningan masukkan air.
2. Biar mendidih masukkan daging, masukkan pati ayam n lada sulah.
3. masukkan pula udang, sawi, lobak n jagung. Buh garam sikit.
4. Bila kuah mendidih masukkan tepung jagung yg telah di campur ngan sikit air.
5. Pecahkan telur n kacau cepat biar telur hancur. Kejap jer, siap n tuang kuah pada mee tadi...



p/s: saya tak blh buka/masuk kat my resipi...kenapa ye??


10 comments:

ain said...

sedapnya mee dia. akak tinggal 1 hari lg nak ganti posa!!now ni cuaca tgh pns menyengat...mcm lepak nak posa.hehe

miss emyliza said...

ooo yeke, akak doknegara mana sekrg nie?? best la blog akak pnuh ngan recepi2...uiksss

blogresipi said...

Kalau makan panas2 dalam bekas claypot pun sedap ni...

GreenJade said...

baru bekpas lapor blk pas nengok foto nih uh :D

miss emyliza said...

bestlah resepi ni balik kg amy cuber k...

akakerin said...

syoknya kalau boleh tumpang makan...
suzi, suami &anak2 sihat?

[-suziey-] said...

mcm kue tiow kungfu pn ade..nama cina gk..ekeke:D

Sasha said...

Yay!! another easy meal to cook! Sha suka masakan cina... mudah n sedap! nnti nak try...

Deliah's Deli said...

Hari ni nak masak ni la. tapi keutiau tak ada blh guna mihun kan.mesti sedap makan panas2.tq suzi :)

Suzi said...

kak ain,
kat sini sekarang winter...masa sesuai nak puasa hihihi...

miss emyliza,
akak kat adelaide...cubalah...sedap.

blogresipi,
lg sedap tu...

greenjade,
hihihi...takpe makanlah lg hihihi...


akakerin,
alhamdulillah kak, semua sihat.

suziey,
hihihi...

sasha,
trylah...sedap gak mee ni. i like!

deliah,
no worries. Kita sama2 kongsi.