Tuesday, June 9, 2009

Sambal Terung ber ikan bilis rangup


Ni kes terliur bila tengok lauk ni kat dapur Ros-Tokyo. Hari Ahad tu, ada beli terung kat Sunday Market...Alhamdulillah sedap. Hubby yg tak berapa suka terung Aussie ni pun ckp sedap. Resepi kat bawah tu saya copy-paste dr dapur Ros, halal ye Ros n terima kasih berkongsi resepi. Tapi tuk kali ni saya tak bawang tu main hiris je...cili pun beli yg dah siap blend sbbnya blender rosak...bilalah 'org tu' nak beli blender baru hihihi....


Bahan-bahanye

  • 5 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang putih
  • 1/4 biji bawang besar
  • sedikit belacan
  • 4 biji terung purple.( dihiris nipis)
  • gula
  • garam
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 piring kecil ikan bilis yang telah digoreng

1. Mula buat cili giling tu dulu, rebus cili kering dan blender bersama bawang putih, bawang besar dan sedikit belacan.
2. tumis cili giling sehigga naik bau dan masukkan sos cili, klu terlalu kering buleh masukkan sedikit air, kemudian masukkan hirisan terung, akhir sekali sesuaikan lah rasa, letak garam dan gula, bila nak angkat tu tutup api dan baru masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi. ok dah siap, selamat makan dan selamat mencuba.


* saya goreng dulu terung tu dgn garam n kunyit...



7 comments:

[-suziey-] said...

waaa tantek la terung tuh..ekek:D wlaupn sy xbrape suka terung tp gambo dia menarik:p

blogresipi said...

Sambal terung pedas2 manis macam ni sedapnye... gigit2 ikan bilis tu lagi sedap..hehe

Deliah's Deli said...

terung ni masak apa pun sedap.goreng mcm suzi buat tu paling sedap!nak sikit. :)

zureen @ mama said...

Pakai terung bulat atau panjang ye??atau dua2 pun boleh??nak cubalah..

Sasha said...

terliur tgk gambar nih...

Suzi said...

suziey,
sedap tau!

blogresipi,
rangup ikan bilis tu yg menambah sedap tu...

deliah,
sedap..kan...kan?

zureen,
mana2 blh kot...

sasha,
jgn mkn gambar lak hihihi

azreen said...

tengok pun tahu sedap.... :-)