Tuesday, June 2, 2009

Roti Naik

Kena jangkitan virus roti naik juga sayab hihihi. Tapi memang berbaloi sbb memang sedap. Rugi sapa yg tak cuba buat. Resepi asal drR.Net. Saya ceduk dr daput Hana, halalkan ye Hana...Hana cilok dr dapur CMG. Terima kasih buat yg terlibat. Ramai juga kawan2 yg dah kena virus roti ni hihihi.

Bahan-bahan

400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong - hana ikut mat gune tpg gandum je!*
250 ml air - hana gune susu segar+ air skit*
50 g susu tepung - x ltk*
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)- tak letak
180 g gula perang (brown sugar) - hana ltk 110-120g gula halus*
100 g mentega - guna minyak masak
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning


* = saya ikut hana


Cara-cara

  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. Kaedah lain: Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.


Projek malam ni...baru je masak...

8 comments:

ain said...

Insyaallah esok pun akak nk try buat.hopefully menjadi le.

blogresipi said...

Hari tu baru je tgk reti ni kat blog Che Mat Gebu... cepat plak tersebar roti berangkai ni..hehe...apepun, nampak gebu sungguh :)

Sasha said...

Suzi ckp rugi tak cuba!! ni yg buat nak cuba!! mmg cantik roti ni.. so gebus!

bigeyes said...

hari2 mesti makan roti, nak buat tak reti ...atau saya ni yang malas..hihihi

[-suziey-] said...

eh mcm roti nasi plak..huhu bile la sy nk start buat roti..oven dh ade..ekek:D

FiDa@aMiDa said...

kak suzi

sana sini org buat roti heheheh

Suzi said...

kak ain,
selamat mencuba...

blogresepi,
virus ni sedang merebak..jaga2...hihihi

suziy,
apa tunggu lagi..'pecahkan dara' oven tu hihihi.

fida,
virus roti...

sasha,
cubalah..tak rugi hihihi..

shais,
bkn malas tapi sbb senang nak beli...hihihi

GreenJade said...

akok kite sorang ni mmg terer wat roti

errr...adekah virus ini akan merebak ke sh alam jugeks..?kikiki :p