Thursday, June 25, 2009

Daging Merah Tiga Rasa

Resepi ambil dr dapur Kak Nor...tapi saya punya ni tak ckp bahan...takde lengkuas. Terima kasih Kak Nor n tuan punya resepi footscray.

Bahan-bahan:
1/2kg daging dipotong kiub
3 btg serai ~ diblend halus
1/2 in lengkuas ~ diblend halus
2 helai daun limau purut ~ diracik halus
2 sudu besar tomyam paste yg pedas
1 sudu besar gula
garam

minyak
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji cili merah ~ dipotong serong
1 biji cili hijau ~ dipotong serong

Cara-cara:
  1. Rebus daging yg dah dipotong hingga empuk. Simpan air rebusan daging.(saya tak rebuas pun...daging sini cpt empuk)
  2. Panaskan minyak dan tumis paste tomyam hingga wangi dan masukkan bahan yg diblend.
  3. Kacau goreng hingga sehingga pecah minyak dan masukkan daging berserta air rebusan dan daun limau purut.
  4. Masukkan garam dan gula.
  5. Masaklah hingga hampir kering dan masukkan cili2 dan bawang besar yg dah dipotong.
  6. Angkat dan hidangkan dgn nasi panas.. sedap!!
# kalau paste tomyam yg digunakan tidak pedas, tambahkan cili padi masa blend serai dan lengkuas.


2 comments:

GreenJade said...

tenkiU..tenkiU..br cdg nk msk daging sok..hehe

blogresipi said...

Akak.. sedapnye makan daging.. kite ade daging cencang jer dlm freezer nun..huhu