Thursday, June 18, 2009

Kari Ayam.

Kari ayam ni resepi Mertua As, sedap, I like! Lauk semalam...n pagi ni makan dengan roti canai.
Saya copy-paste je dr dapur As nun di NZ. Terima kasih sudi berkongsi resepi yg sedap ini.



Bahan-bahan:

1 ekor ayam- dipotong dan dibersihkan
*1 labu bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia
-kisar bahan *
1sdb cili kering-yg dikisar (cili boh pun ok)
1 senduk kari babas
1 biji tomato yg besar diptg 4
1 kiub pati ayam
1 btg serai -diketuk
sedikit santan
1 tangkai daun kari (kalau ada..x de pun x pe)
1 btg kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Santan secukupnya
Garam secukup rasa
2 biji kentang dibelah 4(ikut suke)

Cara2nya,
-Panaskan minyak, masukkan kayu manis dan bunga lawang,cili kering..gaul rata, masukkan bahan2 yg dikisar(bawang2 dan halia),serai, daun kari,ayam, dan tomato,gaul dan biarkan seketika.
-Masukkan serbuk kari dan gaul rata. Tambahkan sedikit air, masukkan garam dan kiub pati ayam. Masukkan kentang dan didihkan seketika..Biar minyak naik cantik. Ketika betul2 mendidih masukkan santan. InsyaAllah x pecah santan.Gaul rata dan biarkan mendidih dan pastikan ayam dan kentang betul2 masak.

Boleh juga guna rcp yg sama utk masak ape2 daging (lembu @ kambing)


10 comments:

Mak Su said...

makan dgn roti putih pun sedap ni :D

kayteeze said...

Bubuh serai ??

Hmm... boleh cuba gak!

ain said...

kak tie...bubuh serai lg sedap tau. saya mmg msk kari letak serai.

azreen said...

suzi samala kita...smlm pun masak kari jugak.....lps tu cicah ngan roti putih....sedappppp

ima said...

mengancam kari ayam suzi tu!!!

suzi n ain,kari letak serai sedap ye...boleh cuba ni...selalunya ima letak serai dalam kerutuk ayam@daging je...kari tak pernah buat lagi

~NurKasih~ said...

salam suzi..terima kasih kerana sudi cuba rcp ni ya..
Sebenarnya mak mentua as berbangsa india, so as kombinekan ngan cara as. Kami punya minat yg sama.. suka masak2..org pompuan kan?? he..he kuib & serai tu as yg add.. kesedapan kari ni pada buah tomato tu.. sebab kita dah tumis sebati.. serai tu buat wangi dan kuib pati ayam tu wat menmbah rasa.. Alhamdulillah menepati citarasa suzi..

Sasha said...

my fav!! kari!!! nak cuba... nak cuba!

[-suziey-] said...

cecah roti sedap nih...MIL sy suke buat kari2 ni:D

blogresipi said...

Kari ni cicah roti arab pun sedap nie.. tak penah lagi buat letak serai..macam best jugak nie.

Suzi said...

mak su...
sedap! nak sikit ke maksu??

kak tie,
saya selalu gak tengok org letak serai bila wat kari...ni kali pertama sy letak serai..

kak ain,
betul tu kak ain...

azreen,
mcm janji pulak...hihihi

ima,
trylah...sedap.

As,
tq kongsi resepi ni...sedap.
resepi org dulu2 memang sedap..kan?

sasha,
suka kari ke?...try jgn tak try...sedap ni...

suziey,
sedap...kalau rajin buat roti jala...waaa sedapnya.

blog resipi,
trylah ijan...rasai perbezaannya hihihi....