Bahan-bahan (9 biji):
Bahan2 untuk custard:
- 2 biji telur kuning
- 20gm gula pasir
- 30gm tepung roti
- 130gm susu segar
Bahan2 untuk doh:
- 250gm tepung roti
- 30gm gula pasir
- 1/2 camt garam
- 1 camt instant yeast
- 15gm tepung susu *- tak letak
- 25gm unsalted butter*- guna minyak masak
- 100gm air* -( air + susu segar = 100gm)
*= apa yg saya buat...
cara:
- cara membuat custard: satukan telur kuning dan tepung roti di dalam mangkuk. gaulkan sehingga sebati. tambahkan satu camb susu segar jika adunan kering dan keras sedikit
- satukan susu dan gula di dalam mangkuk tahan panas dan masak sehingga gula larut tetapi jangan sampai mendidih
- kemudian tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk yang berisi adunan kuning telur. kacau sehingga adunan sebati
- selepas itu tuangkan semula ke dalam mangkuk tahan panas tadi dan masak sehingga adunan pekat sambil dikacau selalu
- setelah siap tutupkan dengan cling film dan simpan di dalam fridge selama 1 jam
- cara untuk membuat doh: masukkan semua bahan bersama separuh custard (pastikan ianya berada pada suhu bilik) tadi ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting doh
- tunggu sehingga siap lebih kurang 1 jam 30 min
- selepas siap keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
- tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
- kemudian bentukkan doh tadi menjadi bentuk bola dan biarkan rehat selama 15 min
- bahagikan doh kepada 9 biji dengan setiap satu seberat 55gm dan bentukkan setiap satu menjadi bola
- setelah itu susunkan ke dalam tin yang telah digris terlebih dahulu dan biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 45min ke 1 jam
- pada yang berada dinegara 4 musim bolehlah dimasukkan tin tadi ke dalam oven tanpa ON kan dan masukkan 2 cawan air panas. letakkan dikiri kanan tin tadi dan tutupkan pintu oven dan tunggu sehingga doh naik
- pipekan separuh lagi custard tadi ke atas doh tadi dan bakar pada suhu 190C selama 25 min atau sehingga masak dan keperangan
saya buat 2 adunan...utk kastard tu saya ubah sikit saya guna kedua2 telur putih dan kuning. dan saya tambah sedikit pewarna kuning...
2 comments:
balik msia nanti...boleh le su niaga roti pulak.hihi
akak kena jadi pelangan tetap saya ek...hihihih
Post a Comment