Saturday, May 16, 2009

Pandan Kaya Bun

Pertama kali tengok roti ni kat FB Kak Rinn, dah teringin nak buat tapi malas nak buat kaya. Semalam rajin sikit...terus buat kaya perasa pandan. So, hari ni bejaya buat roti ni...tapi dalam bentuk bun. Kak Rinn buat bentuk roll. Tapi resepi copy-paste dr dapur Cik Mat Gebu...terima kasih buat dua2 sifu masak ni. Saya byk dapat ilmu dr diaorg.


BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste

BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya - saya guna perisa pandan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...
**utk kali ni saya tak letak serbuk santan sbb takde. Bread improver pun tak letak. Butter ganti dgn minyak masak. Tapi alhamdulillah hasilnya amat memuaskan.

sebelum bakar...

sedap roti ni...lembut dan gebu sgt...Alhamdulillah kenyang perut anak2 ku yg asyik ckp lapor je ni hihihi. Lambatlah lunch kot...Hanya sebahagian je letak kelapa...takut anak tak suka...



Kaya Perisa Pandan



Sumber dr: Ros. Terima kasih


Bahan2:

3 biji telur

220 gram gula ( kena letak gula banyak sikit untuk kaya tahan lama)

1 tin santan

beberapa titik perasa pandan

beberapa titik pewarna hijau

1 sudu besar bancuhan tepung gandum

satu helai daun pandan di simpul

Caranya.

1. Bancuh semua didalam bekas adunan dan kacau di dalam periuk hingga pekat, kena kacau selalu ye guna api sederhana. Bila kaya agak pekat, jangan terlalu pekat ( agak-agak je) tutup api dan sejukkan dahulu sebelum diletakkan di dalam botol atau bekas. Simpan di dalam peti ais. Selamat mencuba.


13 comments:

ima said...

wah suzi sedapnye roti kaya pandan tu...terliur sangat ni...nampaknya lepas ni bolehlah buat kaya sendiri...makan dgn roti gardenia jelah...nak buat roti tak larat..tak de BM...huhu

ain said...

suuuuuu....meh le kasi akak sikit. akak nak buat tak de BM, nk buat manual, tgn pulak sakit, nak beli kat kedai, now ni dh byk le pulak bhn2 yg merbahaya.hehehe

[-suziey-] said...

nmpk cam senang je nk buat..pndai btol kak suzi..nmpk sedap:p

zureen @ mama said...

Memang pandai memasak sungguhlah Kak Suzi ni..sampai kaya pandan pun boleh buat sendirik dhj..(kagum ni..)

cikgupj said...

wah!...ini semua membuka selera untuk minum petang!...ummmmh..sedapnya!....

mother of two said...

rajin betul kak suzi nie..sy main tunjuk2 ajer

kayteeze said...

Waaa.....!!

Meriah betul roti pandan tu... Kak tie rasa macam nak cubit je roti tu, hu hu...

Suzi said...

ima,
sedpa mkn roti dgn kaya...lagi2 buat sendiri hihihi

kak ain,
tulah kan...mcm tak selamat nak mkn dah.
p/s: akak, blh jadikan alasan kuat utk minta BM dr hubby akak hihihi


suziy,
senang je sbb ada 'pembantu' yg uli hihihi.

zureen,
jgn macam tu ...dah terpaksa semua hentam jelah.

cikgupj,
sedaaaap...

sheila,
kalau blh akak pun nak tunjuk je...lagi senang hihihi

kak tie,
cubit jgn tak cubit...

nekPP said...

suz cilok resepi kaya masuk dlm list koleksi resepi nekpp..mekasih yaa yanggg ;))

azreen said...

rajin btul la suzi ni...bile la saya nak jadik rajin mcm suzi.....huhuhuhu

Suzi said...

nekPP
wokei! no prob.

azreen,
alah BM kan dah ada...masukkan je...

Nieza said...

assalam kak, lama tak singgah sini..akak apa khabar? selalu tak perasan n3 akak...btw sedap tgk bun ni baru jer buat sekaya tu nanti boleh cuba ni..:)

MaimonSKPD said...

Nampak sedap je,, saya pasti cuba, kalu jadi saya royak ah