Sunday, May 10, 2009

Pandan Slice Cheese Cake

Bila tengok kek ni kat dapur Hana terus jatuh cinta nak buat...dulu2 pernah buat tapi perisa biasa. Mood 'R' yg hilang tu pun dah dtg balik walau tak sepenuhnya...Maka berjayalah mencuba resepi tu petang tadi...Resepi asal dr ros@onigiri tapi saya ikut Hana buat perasa pandan lak..copy-paste resepi dr Hana je ye...TQ utk kalian berdua...


Bahan-bahan
  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila
  • sesudu kecil perisa pandan@pandan emulco
  • pewarna hijau
Cara-cara
  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.*hana masukkan sesudu kecil perisa pandan n pewarna hijau. kacau.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.



memang betul kata Hana tu,"..kek nih mmg sodap! tk rugi mencuba lagi dan lagi dan lagii..."(ku pinjam kata2 mu ye Hana...)


8 comments:

ain said...

sedap kan su. jumaat tu hari akak buat gak tp x letak pandan. plain aje. sedap betul rasanya. kejap je dh abis!!!

Suzi said...

betullah kak ain..memang sedap...lagi pun lebih budget dr ciscake biasa hihihi...

kakchik said...

warna hijau ni kakchik memang la suka... walaupun takde la suka sangat makan kek, tapi kalau tengok kek suzi mesti jadi terliur.
entah bila la kakchik nak mula cuba buat kek pulak?

[-suziey-] said...

uik fesrt time tgk kek pandan perasa cheese..unik btol.hehe..gebus jek nmpk..mmg sedap..klau kk suzi bg 1 slice lg sedappp:p

azreen said...

nampak pun sedap......harus sya cuba nnti...hehehehe

izat said...

Assalamualaikum kak suzi,
teringin nak membuatnya coz esok hubby nya birthday, nak buat kek..he he tapi cheese nya tulah yg payah skit ( renin punya pasallah ). Kak suzi pakai jenama apa?

ima said...

wah!!! suzi terliurnya tengok pandan cheese cake tu...gebunyaaa.....

Suzi said...

kak chik...
cuba lah buat...sedap!

suziey,
ambik je...hihihi.
memang sedap n gebu kek ni...

azreen,
haruuuuus....

izat,
salam. akak guna jenis kraft...ada dlm senarai hahal guide kat sini. Lagi satu bega pun blh...tak tahu kat m'sia ada ke tak?
cubalah buat hihihi...gumbiralah hubby nanti hihihi,,,

ima,
gebu n sedap...