Friday, May 1, 2009

Sizzling Mee


Hari ru ada tengok mamasya masak sizzling mee ni...mulalah teringin. Hari Selasa hari tu baru berkesempatan buat utk diner. Sedap. My hubby ckp nanti kalau kat M'sia teringin nak mkn tak payah pergi kedai lagi...hish mana blh mcm tu kan...ingat balik M'sia blh rehat2 dr masak hihihi. Resepi ni drLilydvalley@myresipi.com...saya copy paste je. terima kasih berkongsi resepi.

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

6 comments:

ain said...

sejuk2 mkn sizzling mee sedapkan!

psst...labour day x jln2??

ima said...

anak2 dan bapaknya suka sgt sizzling mee,ni nak kena copy resepilah ni..boleh ye.

Sasha said...

HMMM!!! sedapnye!!! nak sepinggan dua...

kayteeze said...

He he...kak tie ni jakun sikit

Tak pernah makan, jadi langsung tak tahu nak buat.. Nanti boleh gak cuba...he he....

izat said...

Salam kak suzi,
terliur pulak menengokkan mee itu.. slurpppp... balik malaysia kang seminggu je kak suzi cuti masak, lepas tu bukak kedai makan lah ..he he..nanti saya dtg..

nekPP said...

suzz..mkn kegemaran bb bear..kekadng tuu dah abisss sampai soh buat lagi keesokkan ariinyaaa...aduoiii..