Monday, May 25, 2009

Donat


Resepi dr skyblue@myresipi.com. Bawa masa pergi rumah makan2 rumah kawan hari Sabtu. Tq coz berkongsi resepi yg sedap ini. Lembut n gebu ....Saya copy-paste je...

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.





5 comments:

ain said...

donat..ooo.donat. bila le nak try buat ekh.

ima said...

puas hati rasa kalau dapat buatkan makanan kesukaan anak2...
dulu pernah gak cuba buat donat ni...tp tak naik,tu yang malas tu...boleh cuba ni resepi suzi..

[-suziey-] said...

waa gebusnya donat kak suzi/...i likee...

Suzi said...

kak ain,
bila2 blh...hihihi

ima,
cubalah...alhamdulillah gebu n sedap resepi ni

suziey,
akak pun suka...

kakchik said...

awat la banyak sangat posting suzi pasal roti2 ni? buat kakchik terasa tak sabar nak buat roti tapi skrg sdg bercuti dari buat roti/pizza sb bahu masih sakit. susah nak uli2 dgn tangan ni.