Wednesday, May 20, 2009

Scrambled Toast

Resepi simple dr Cik Wan tapi saya ceduk kat dapur UMMI, Kuantan. Simple n sedap sbb rotinya ranggup. Utk bekal Iman n Ismail hari ni.

Bahan:-

* 12 keping white bread atau wholegrain - buang kerak tepinya
* 60 gm mentega - suhu bilik
* 4 biji telor
* 1 cawan krim atau susu (*ummi letak susu segar) - saya guna 1/2 cwn susu segar
* 1/4 cawan daun kucai - cincang (*ummi letak daun sup)- utk kali ni tak letak.
* sosej secukupnya - cincang halus
* sedikit garam dan pepper
* sos cili (*ummi tambah ni)
* mayonis (*ummi tambah)



Cara-Cara:-

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Dengan menggunakan rolling pin, canaikan roti tadi menjadi nipis sedikit. Sapukan kedua2 belah roti dengan mentega dan masukkan ke dalam muffin pan.
2. Bakar selama 15 - 18 minit atau sehingga keperangan.
3. Sementara itu panaskan kulai dengan 1 camb mentega dengan api yang sederhana.
4. Dalam bekas, satukan 4 biji telor, 1/2 cawan krim/susu, garam, pepper dan pukul sebati.
5. Tuangkan adunan telor tadi ke dalam kuali dan kacau selama 1 minit dengan api yang perlahan.
6. Taburkan daun kucai/sup dan cincangan sosej. Kacau hingga telor masak.
7. Sudukan telor tadi ke dalam roti yang telah dibakar dan taburkan sedikit pepper lagi sebelum dihidangkan panas2.


yg ni saya letak kastad....anak2 suka terutama Ismail yg hantu dgn sos kastad...


15 comments:

Sasha said...

wah! byk keje gak nak menyiapkan hidangan yg nmpk simple gini...

Suzi said...

sasha,
takdelah byk sgt...blh buat ni...

kayteeze said...

Mestu budak2 suka makan ni... mak budak pun sama, hi hi...

izat said...

Assalamualaikum.. scamble egg style lain, nampak sedap ugak.. leh try lain kali .Insya Allah :)
Sronok lak tgk kak suzi nya blog..boleh link kat posting lain, he he sronok browsing.

ain said...

new version of egg benedict ni. boleh try!!!

mummyseri said...

ye la mcm best scramble eggs ni slalu men boh kat roti n trus ngapp je:)))bleh wat ni nnt..

kakchik said...

comel dan kemas je hasil tangan suzi, terliur nak cuba buat juga. entah bila la tu...

QiStinA's said...

dah lama berangan nak buat suzi..tapi tak kesampaian lagi... sedap dak???

fa10 said...

cantik la kaler baru rumah suzi ni..i like..i like. esok nak cuba la..guna ayam bakar belen lunch td boleh kot..sesuka hai jer ubah resipi org

♥nrina♥ said...

fulamak..dasyat arr..tp buat masa ni tengok ape pun masakan takde selera je..

milo dgn oat je jadi peneman supaya tak lapar..

dulu nak diet sgt haa..skrg tak leh makan..huhuhu..

tq ye beri nasihat dan simpati pd keadaan saya..insyaallah kandungan saya ni kuat hihi..pasal masa anak kedua dulu saya penah xciden lagi dan kene angkat fail berat2 masa keje dulu..takde apepun..mungkin yg ni sama jugak..tp jika ada perkara buruk yg bakal terjadi..saya redha..tq ye suzi..sayang kat suzi hihi..

zureen @ mama said...

Nampak simplelah resepi ni..boleh dicuba ni..

mamasya said...

Salam Suzi..

alahai byk pulak menu Suzi yg terlepas.....nasib baik ada lagi boleh jamu mata..he..he..
mee rebus Trg tu pun suka gak...tambah2 kalau letak cili jeruk..mkn mee panas2...sedapnya
roti dan pau Suzi menjadi elok...gebus..berkenan kat pandan kaya bun tu...bilalah nak cuba. dah lama tak buat roti...
kek oren tupun nampak lembut...
scrambled toast ni pernah buat sekali tp anak2 kurang suka...maybe terlebih garing masa bakar....

along said...

kol bape bgn wat breakfast tu??suka bkk blig awk......cam2 masakn awk buat yer..........

Suzi said...

kak tie,
hihihi...tu yg mak budak kat sini makin'sihat'.

izat,
sila2..

kak ain,
cuba tau! hihih

mummyseri,
ni lagi sedap sbb roti lg ranggup...

kak chik,
senang je tu...bila2 blh try...

moi...
sedaaap...trylah.

Suzi said...

fa10,
ubah je ikut selera kita..tak alah..kan?

nnrina,
memang masa awal2 ni selera kita menurun...tunggulah nanti hihihi...
baguslah nrina jenis yg thn lasak...tapi take care juga...beringat....

zureen,
simple je...blh try..

along,
pekabo? lama tak nampak...buat bf lepas subuh...anak2 sekolah dekat pukul 9 baru start...lambat sikit dr m'sia..

mamasya,
waa letak cili jeruk...sedap tu..
hari tu kat sini ada beli tapi tak sedp...alah selera omputih mana nak sama selera kita kan?