Friday, May 22, 2009

Daging Kandar

Resepi Kakasma, copy paste dr my resipi.Lauk semalam...sedap! Rugi sape yg tak cuba. Dah merata daging kandar ni merantau...sampai kat Adelaide dah jadi kambing kandar hihihi... Terima kasih Kakasma berkongsi resepi...

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1/2 kg daging- utk kali ni saya guna kambing.
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • KUlit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa

Cara-cara

  1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti

Makan dgn lempeng utk sarapan pagi tadi...

12 comments:

KakAsma said...

wah suzi mesti lagi sedap kan lauk ni kalau dengan daging kambing..tengok dah tau menyelerakan..akak pun nak try laa len kali dengan daging kambing..

Fiza Nordin said...

k suzi,k asma, pas makan nnt mengembek lak hihiiii ampun!gurau2 di pagi jumaat... :D

ain said...

rugi ekh kalau tak cuba. alamakkk!! nk kena cuba ni.hehe

Anonymous said...

alamak nak kena cuba jugak lah ni...hari ni malas betul nak masak,lain kalilah cuba...hihi

Mak Su said...

cemana nak kasik daging senang empuk?

NekPP said...

waduhhhh semerbak sampai ke sinii suzzz ;p

Musliyana said...

mmm..daging kambing pulak..mmg menarik..teringat pulak nasi kandar kat penang tu..hihi

QiStinA's said...

nampak sedap sungguh le suzi... lama tak makan yg kandar2 nie...

Sasha said...
This comment has been removed by the author.
izat said...

Assalamualaikum..ermm sodapnya, saya pun selalu gak masak daging style cam gini, tp lain skit ingredientnya. Namanya daging masak hitam. Tgk kak suzi nya lauk nih terliur plak mlm2 buta nih, esok jelah buat.

Shada said...

saya pun suka daging kambing banding daging lembu...lagi sedap rasanya.

Sasha said...

Salam Suzi...

Sha suka sgt makan kari! tak kiralah ikan, ayam, daging, udang kalau masak kari mmg sedap sampai bertambah2 nasi... tp yg peliknya... sha tak pernah pun pandai masak kari... takde 'kick'... or lebih pada tak sedap... huhu...