Monday, May 18, 2009

Pau Noorma

Resepi dr Noorma tapi ambil kat dapur Hana. Masih kena byk belajar lagi ni...kulit pau ku tak cantik....anyway tq utk Noorma n Hana berkongsi resepi.


Bahan-bahan

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis kering - hana wat 21/2 sudu kecil - ikut hana 1/2 sudu teh baking powder
4 sudu makan gula castor
1 sudu makan lemak sayuran (shortening)
1 sudu teh bread softener
1 sudu teh bread improver
1/2 cawan susu cair - hana gune susu segar suam
hana tmbh garam skit

Cara-cara
> Satukan sume bahan dalam mangkuk adunan.
> Uli sebati dengan memasukkan susu cair sedikit demi sedikit. Bila dh lembut, rehatkan sehingga naik dan tumbuk untuk keluarkan angin (mcm buat roti gak la....)
> Bahagikan doh kepada beberapa bahagian
> Masukkan inti dan tutup kemas.
> Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi dan susun didalam pengukus.
> Rehatkan pau dan biar ia naik lagi.
> Panaskan periuk kukus dan biar air betul2 mendidih.
> Atur pau dalam periuk kukus dan tutup (bungkus tutup mengukus untuk elak air kukusan jatuh ke atas pau, nanti pau jadi tak cantik dan menggerutu) -punyerlah aku ikat sekuat ati kain tuh! hahahahahaa...
> Kukus pau selama 15 minit.


letak inti kaya pandan...

3 comments:

[-suziey-] said...

waa ni lebihan pnadan kaya yg buat roti tu ke..sedap nye:p

ain said...

gebunya su...mesti sedap!!!

GreenJade said...

mkn panas2 sedap...gebuuu...