Thursday, June 11, 2009

Meehoon Goreng Lada Hitam

Nilah sarapan merangkap lunch utk hari ni...hihihi...bahan2 yg ada pun tak lengkap sebenarnya. Letak apa yg ada. Saya copy-paste resepi asal dr dapur K.CT...terima kasih akak berkongsi resepi. Sedap....

Sumber dari myResepi.com
via Dari Dapur CT

Bahan-bahan
:

1 bungkus bihun/mee hoon/mee siam (rendam terlebih dahulu)
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
4 sudu besar udang kering *
1 cawan udang
2 keping tauhu - dipotong dadu (kecil)
1 paket fish ball dibelah dua (boleh ganti dgn fish cake)
1 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk halus) nk guna serbuk lada hitam pun bole dan pedas ikut suka
3 sudu makan sos tiram
secekak daun kucai - dipotong 2 inci (CT ganti ngan sawi)
2 genggam taugeh (CT tak letak sebab tak suka hehe)
1 batang lobah merah- di hiris memanjang
garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
minyak untuk memasak
(bahan bertanda * - direndam terlebih dahulu dan dikisar halus)

Cara-cara:
1. panaskan minyak terlebih dahulu setelah panas goreng tauhu terlebih dahulu sehingga kekuningan. * jgn garing sangat * dan ketepikan.
2. masukkan udang kedlm kuali dn masak sehingga kemerahan dan selepas itu masukkan pula bahan kisar dan masak selama 5 minit.
3. masukkan fish ball, sos tiram, lada hitam dan gula dan gaul sebentar.
4. masukkan pula mee hoon dan gaul rata sehingga masak.
5. masukkan tauhu, daun kucai, taugeh dan lobak merah dan masak sehingga siap.
6. akhir sekali perasakan dengan garam dan bahan perasa secukup rasa dan sedia untuk di nikmati.




6 comments:

GREENJADE said...

sedap mkn dlm keadaan cuaca yg sojuk2 nih hehe

decoration tuh buat I teruja u hehehe :D

ain said...

sedapnya nmpak mee su tu. ingat nak buat la nanti bila rajin sikit.hehe

Suziey Ahmad said...

hohohho...sedap banget...sy pnh buat tau skali dulu tp xbrape nk masuk la..maybe sy buat xsedap kot..hahahaa:p

Sasha said...

mee ni biasa mkn tp tak pernah buat...

Anonymous said...

yelah ima sama dgn sasha gak...selalu makan tapi tak pernah buat...now dah tahu,bolehlah cuba buat...

azreen said...

menyelerakan sungguh!!!!