Thursday, May 7, 2009

Sup tulang merah (resepi II)

Resepi ni sebenarnya resepi sup gear box merah dr FP Mamasya...saya guna tulang biasa je. dah pening fikir nak masak apa ....

Sumber Fp Zuhri via mamasya terimakasih berkongsi resepi...

Bahan-bahannya:


  • Gear Box/Tulang - saya campur kedua-duanya
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar-*sweet onion
  • 1 inch halia
  • 1/4 inch lengkuas
  • 5 tangkai lada kering - saya guna 2 sudu besar cili kering yg dah blender
  • 6 biji buah tomato-potong 4-saya letak 4 biji aje,tu yg ada dlm peti ais
  • buah pelaga
  • bunga lawang
  • lada hitam-banyakkan skit lagi sedap.
  • kulit kayu manis
  • bunga cengkih-skeett jer
  • 2 biji buah tomato-potong dadu
  • daun sup & sadri - tabur
  • bawang merah goreng -tabur
  • bwang putih goreng - tabur
  • limau nipis - tuk perah time nak makan.
  • minyak masak-secukup tun menumis ngan goreng bawang.
  • air tuk rebus tulang-sukatan nie kita selalu tgk dia tenggelam skit dah ok
  • 2 btg carrrot-*optional

Cara buatnya:


1) Blend cili kering+bawang merah+bawang besar+halia+lengkuas.
2)Tumis bahan blend tadi berserta rempah ratus*buah pelaga+kayu manis+bunga lawang+cengkih.
3) goreng bawang yang nak ditaburkan dulu pas tu balance minyak dalam sesudu besar buat tumis bahan blend tadi k*tuk aroma yang wangi heeeee..petua*
4)Dah sudah masukkan dalam gear box/tulang yang dah dibasuh.+ air biar agak-agak tenggelam gear box/tulang itewwwww
5)didihkan biar empuk..agak nak empuk masukkan buah tomato yang dipotong 4 tadi-biar dia didih jap masukkan plak kentang potong dadu tadi ngan carrot*optional.
6)Biar empuk then baru taburkan ngan bawangan yang digoreng tadi berserta daun sup &sadri.
7)time nak makan perahkan limau nipis sket sesedap rasa*takmopun takper.




6 comments:

Anonymous said...

Ingat masak stew tadi, sebab nampak color merah. Makan dengan roti pun sedap, kan....?

ain said...

akak pun ada gak beli selangka nak buat stew. malas pulakkk!!!!adoiii!!!

Suzi said...

kaktie,
ok kot...

kak ain,
hahaha malas juga ke???

Suziey Ahmad said...

waaa kak suzi..layout baru...emm sedapnye sup tulang tu..mkn pnas2 ngn nasi kosong pn sodap..

Suzi said...

suziey,
hihihi...

Unknown said...

kakchik pulak tak pernah makan lagi sup tulang yg merah ni. kalau buat cadangan kat famili nak buat lauk yg baru2 sikit, ramai le yg tak mahu, susah jg kalau nak cb resepinya.