Saturday, October 30, 2010

Pulut Kuning Vs Ayam Goreng Kunyit.

Salam semua, hari ni saya masak simple je, ikut selera anak2 sebab hubby takde. Pulut kuning lawan dengan ayam goreng kunyit...boleh ke?? makan jelah...berselera je anak2 makan. Diaorg ni memang suka pulut pun.
Alhamdulillah dah kenyang dah...kat luar pula hujan, syok kalau tidur ni hehehe. Tapi saya ni jenis yang suah nak lena siang2 hari ni...
Anyway selamat berhari minggu ye buat semua. Hubby takde, berhari minggu kat rumah jelah nampaknya. Minggu depan plan nak pergi ziarah ayah dan famili di Mersing....moga diperkenan Allah SWT.



PULUT KUNING
sumber : FP Kak Hanieliza

Bahan - sy buat 1/2 dr resepi ni
  • 1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
  • 3 keping asam keping
  • 2 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
  • air secukupnya untuk merendam pulut..
  • daun pisang [untuk lapikkan lubang dalam periuk kukusan]
  • 1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
  • garam
  • gula

Cara membuat
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Lapikkan daun pisang dalam periuk kukusan.
5. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
6. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
7. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
8. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
9. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
10. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur.
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.





Ayam Goreng Kunyit

sumber di SINI


Bahan A


  • Ayam ( ambil bahagian isi sahaja ) - sy guna semua bahagian hehehe
  • Serbuk kunyit
  • Tepung jagung
  • Garam
  • Perasa Ayam Maggi
  • Serbuk Lada hitam

Bahan B
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 labu bawang besar ( dipotong bulat)
  • 4 ulas bawang putih (dititik)
  • Cili padi ( buang tangkai sahaja )- sy letak cili hijau je...
  • Hiasan
  • Daun sup ( di cincang )

Cara-cara
1. Perap kan bahan-bahan A selama 1/2 jam
2. Goreng separuh masak
3. Angkat dan letak ke tepi
4. Guna kan sedikit minyak dari gorengan bahan A, masukkan bahan-bahan B
5. Goreng hingga layu, lepas itu masukkan semula ayam yg telah digoreng
6. Goreng hingga kuning & ranggup.
7. Angkat & taburkan hirisan daun sup.


terima kasih,berkongsi resepi.

6 comments:

Yat Maria said...

suzi..

pulut nih kalo ada sambal tumis udang wat cicah2 adusss..syok gilerss..sini pong ujan gak..but bi pulut to mamam la.. :)

K.Nor said...

salam suzi, lamanya tak memulut.. nak buat gak la raya haji ni.. sbb nanti ada budak tu nak kena 'potong' hehe

Anonymous said...

Ooooo....

kak Tie tak kisah pun. Semua kak tie makan, ekekeke.....

ilahjy said...

fulamak...sedapnyeee...mcm nak buat hantaran jer nie...

Unknown said...

sedap pulut nih.. bila kaler kuning trasa macam kenduri2 je..

Chik Mimi said...

salam suzi cayang wah bestnya pulut kunin dedulu time khatam quran mesti ade pulut ni makan ngan kari ayam n telur perghhhh sedapnya