Friday, October 15, 2010

Sup Ayam Berempah

Lauk lunch tadi...geng dengan sambal kicap dan salad tauhu telur.
Resepi dr majalah Rasa Edisi Ramadhan 2010.
Cara masa tu je ada ubah sikit dari cara asal...bahan-bahan kisar pun sy guna yg dah serbuk.


Bahan-bahan:

  • 400gm ayam- dipotong kecil
  • 1 liter air
  • 200 gm kentang*
  • 200 gm lobak merah*
  • 2 tangkai daun ketumbar#
  • 1 tangkai daun sup#
  • 1 tangkai daun bawang#
  • 3 biji cili api
  • 4 sudu makan minyak masak
bahan* - dipotong kiub
bahan# - dihiris halus


Bahan Kisar:
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sm halia
  • 3 sudu teh ketumbar
  • 3 sudu teh lada hitam
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 2 sudu teh jintan putih

Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan ayam dan biarkan seketika.
  4. Masukkan kentang, lobak merah dan cili padi. Biarkan shingga kentang dan lobak merah lembut.
  5. Perasakan dengan garam dan bairkan ia mendidih seketika.
  6. Ceduk dan hidangkan. Taburkan daun ketumbar, daun sup dan bawang goreng.

Sup sebelum make up ...bahan make up pun takde. Hanya ada bawang goreng je...daun sup, daun bawang dan daun ketumbar takde.



Salad tauhu telur.

No comments: