Friday, October 15, 2010

Manisnya Kuini....

Dah lama tak makan buah kuini. Mana nak cari kuini kat Adelaide. Mangga banyaklah. Alhamdulillah semalam rezeki kami, Allah SWT bagi rezeki kuini kat kami...ada orang kampung bagi. Terima kasih banyak-banyak.



Inilah kuini yang dah dihiris...sedia untuk di makan. Kena tunggu semua ada, baru boleh makan sebab bendanya sikit aje. Nanti takut ada pulak yg tak sempat merasa. Buat kawan-kawan kat perantauan tu...sabarlah ye...balik nanti cari buah ni sampai dapat.



Yummmm....sedapnya, maniiiiis sangat. Sekejap je dah licin. Bau dia satu rumah. Anak-anak sy tanya , ibu bau apa ni? Macam bau durian je....hehehe diaorg tak biasa dengan bau tu. Apa yang dia orang tahu hanya durian je berbau kuat macam tu.


Buah kuini macam dah susah nak dapat. Dulu kat rumah saya ada pokoknya tapi sekarang dah takde. Kalau kat TRG dipanggil krini. Buah ni kira macam adik beradik dengan buah bacang tapi lagi sedap dan manis. Selain makan segar bila masak, ia juga boleh dibuat sambal belacan atau kerabu. Nak info lagi boleh klik SINI. Ada kawan sy kat FB cakap buat cendul kuini pun sedap. Buat macam cendul biasa cuma campurkan buah kuini yg telah dipotong dadu dalam cendul tu. Bolehlah cuba nanti.




4 comments:

liza othman said...

menitis air liur tgok hirisan kuini tu my feberet tuuuu

ibh said...

Mak aii..sedapnya..macam terbau2..baunya smapai sini...

Wanieyra said...

tak blh pandang lama-lama....dah berair mulut ni!

Diarihatiku1976 said...

fuhhh... sedapnyer...