Sudah agak lama gigi Ismail bergoyang...selalu ajak pergi dentist tapi hubby cakap kat dia, goyang-goyangkan selalu nanti boleh tanggal sendiri. Malam tadi kemuncaknya...dia mengadu sakit gigi tu...kami pun cakap kat dia jangan goyang-goyangkan lagi takut makin sakit, esok pergi dentist. Bila dia bangun pagi tadi...(biasalah dengan mood malasnya)datang kat saya konon nak ngadu sakit gigi, bila buka mulut rupanya giginya dah takde. Huhuhu dah tertanggal masa tidur malam tadilah ni. Saya suruh dia pergi cari kat atas katil tapi takde. Tak tahu ke mana hilangnya. Tapi Ismail ada jawapan dia...katanya, tooth fairy dah ambil gigi dia malam tadi...huhuhu...kuat juga kesan cerita dogeng tu ye. Saya cakaplah kat dia, tu kan cerita je...Lepas dia ajak pergi dentist sebab nak suruh letak gigi baru hehehe...Anakku, nanti Allah SWT tumbuhkan gigi baru...
Dua tiga hari ni takde update resepi kat blog...dapur pun sebenarnya tak berasap hehehe. Rabu tu saya temankan hubby check kaki dia dah Ipoh Specialist...seharian kat sana. Khamis pula, hubby masih mc so ambil peluang pergi belajar kereta, balik tu sakit bahu...beli lagi mmmm. Hari ni pula, ada orang hantar sarapan dan lunch...murah sungguh rezeki. Alhamdulillah.
2 comments:
Awla pun x sabar2 nak tunggu giginya goyang..
nak letak bawah bantal..
nanti fairytooth dtg ambil... hehehe
tulah kan...berkesan cerita2 dogeng tu...
Post a Comment