Wednesday, October 20, 2010

Tomyam Campur, Cencaru Bakar, Ulam dan Sambal Belacan.

Assalamualaikum semua. Dah lunch?Alhamdulillah kami dah kenyang dah. Hubby pun dah pergi ofis semula. Itulah kebaikan ofis dekat, boleh lunch kat rumah...kan? Rajinlah sikit isteri dia ni nak masak hehehe...Inilah menu lunch kami, tomyam campur, ikan cencaru bakar, ulam pucuk gajus dan kacang botol serta tak lupa sambal belacan. Terangkat!



Tomyam campur versi rebus. satu pantang my hubby bila masak tomyam, jangan letak apa-apa sayur pun terutama karot kat dalam tomyam...ubah rasa katanya. Resepi tomyam ni sy ubahsuai sikit dr resepi kat FP Mamafami. Thx mama berkongsi resepi.


TOMYAM CAMPUR

Bahan-bahan:
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Lengkuas
  • Limau nipis
  • Cili api
  • Tomato
  • Paste Tomyam
  • daging
  • udang
  • sotong
  • bawang besar-potong bulat
  • bawang putih
  • garam
  • sos ikan

Cara-cara:
  1. Rebus daun limau purut, serai, bawang dan lengkuas hingga mendidih dan naik bau.
  2. Masukkan paste tomyam
  3. Masukkan garam dan sos ikan.
  4. Masukkan daging dan masak sekejap.
  5. Kemudian baru masukkan udang dan sotong.
  6. Masukkan pula tomato dan cili api
  7. Akhir sekali perahkan jus limau nipis.
  8. Sedia untuk dihidang.



Ni pulak ikan cencaru bakar dan ulaman. Kacang botol dan pucuk daun gajus.
Cicah denga sambal belacan. My hubby orang bandar, masa makan pucuk gajus, dia tanya, ni daun apa? Mcm daun pelam je...hehehe. Padahal dia yg beria suruh beli masa kat pasar hari tu. Agaknya dia tahu itu untuk ulam tapi tak tahu daun apa...



Ikan cencaru ni sy sumbat dengan bawang besar dihiris, campur dengan sedikit cili boh dan pati asam jawa serta sedikit garam. Ikan pula sy lumurkan dengan sedikit garam dan pati asam jawa. Lepas tu bakar. Alas pula dengan daun pisang. Sedapnyaaaaa.



4 comments:

Mas said...

wahh..sedapnya cencaru bakar ngan tom yam....

Noorma Ismail said...

uish...suzi..sedapnyer lauk hari ni..kalo ada tetamu datang, mesti tak larat nk bawak perut balik..hahaha...

Deliah's Deli said...

salam suzi...rajen update blog skrang ni...sy plak x terhambat komen..hehehehe :) *cucur udang bwh sinun menambat kalbu la :))))

Suzi said...

mas, sedap..lg2 kalau ikan yg segar.

noorma, tinggal je perut hehehe...

deliah, jgn tegur2...kena sampuk hantu rajin update sekarang ni hehehe...