Resepi dari Majalah Saji Edisi Ramadhan 2010. Sedap juga. Sy ubah sikit, letak cili kisar dan tomato segar. Lauk utama kami lunch hari ni.
Bahan-bahan:
- 200 gm daging - dihiris nipis
Bahan Kisar:
- 2 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1.5 sm halia
- 1/2 sudu makan biji ketumbar
- 1/2 sudi makan serbuk lada putih
- 2 sudu makan kerisik
- 3 sudu makan gula merah
- 1 sudu makan cili kisar - ni sy yg pandai2 letak...
- 1 sudu teh garam
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar dan cili kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan ketumbar, lada sulah dan daging . Kacau rata.
- Selepas itu masukkan gula merah, garam dan kerisik. Kacau sebati. Masak sehingga daging lembut dan garing.
- Angkat, hiaskan dan sedia untuk dihidang.
Semalam pergi pasar malam ( sy jarang pergi pasar malam). Borong macam-macam sayur kampung. Untuk hari ni masak sayur lemak pucuk paku, campur dengan keledek dan udang serta sedikit daun kesom.
3 comments:
sedapnya masak lemak pucuk paku...
dua2 pun sy suka, tq kasik idea
mas,
sebenarnya dah lama akak tak mkn sayur pucuk paku...puas hati dpt makan.
mak su,
sama2.
Post a Comment