Tuesday, October 12, 2010

Ayam Ros

Ayam Ros ni sy 'geng' kan dengan Nasi Udang Pakistan dalam n3 sebelum ni. Boleh klik SINI. Ambil dari Majalah Seri Dewi Keluarga keluaran Julai 2010. Ubah suai sikit...saya kurangkan cili, sebab anak2 tak makan pedas. Rasanya kalau pedas lagi sedap.

Apa kata 'pelanggan' sy:
My hubby: Awak letak kerisik ke?
Iman: Ibu, nanti masak lagi macam ni...sedaplah.
Yang lain: tak cakap apa tapi berselera makan hehehe...
Untuk merasainya sendiri, silalah cuba ye :).



Bahan-bahan Perap:
  • Ayam 4 ketul - sy buat seekor potong kecil
  • 2 sudu cili kisar
  • 2 labu bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 sudu jintan manis*
  • 1 batang serai*
  • 1 sudu serbuk kari ayam
  • 1 biji telur
  • garam dan serbuk perasa


Bahan-bahan Sos:
  • 2 labu bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 sm halia*
  • 1 sudu sos plum
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu cili kisar
  • garam dan gula

bahan* - dikisar
  • minyak untuk mengoreng dan menumis


Cara-cara Membuat:
  1. Ayam dibersihkan dan diperap bersama bahan perap selama 30 minit.
  2. Kemudian, panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Ketepikan.
  3. Untuk sos, mula-mula tumis bawang merah, bawang putih halia dan cili kisar sehingga naik minyak.
  4. Kemudian masukkan sos dan biarkan mendidih.
  5. Perasakan dengan garam dan gula
  6. Akhir sekali, tuangkan sos yang sudah masak ke atas ayam yang sudah digoreng tadi. ( sy terus masukkan ayam dalam kuali dan gaul bersama sos)


3 comments:

Deliah's Deli said...

salam suzi...tgk pun tau sedap :)))

GREENJADE said...

mkn dgn nasik dagang pon sodap nih sis :)

Fiza Amran said...

nasik putih panas2 pun sedap....