Monday, October 11, 2010

Nasi Udang Pakistan

Mencuba resepi dr Majalah Rasa-Ogos 2010. Asalnya cara memasaknya menggunakan mikrowave tapi saya masak macam biasa je. Sedap! Rasa manis udang tu...umppph...silalah cuba...


Bahan-bahan:
  • 200 gm beras Basmathi
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit air
  • 375 ml air atau stok ayam - saya guna kiub ayam+air
  • 200 gm udang sederhana besar ( dibuang bahagian kepalanya sahaja)
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah

Bahan tumis:
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 cm kulit kayu manis
  • 1 sudu besar minyak masak atau minyak sapi - saya guna mentega
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 sm halia*
  • bahan*-dikisar halus.


Cara Memasak:


  1. Rendam beras di dalam air bersama serbuk kunyit selama 2 jam . Toskan dan ketepikan. ( sy tak sampai 2 jam pun sbb nak cepat hehehe).
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bahan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan beras, stok ayam atau air, garam, serbuk lada sulah dan udang.
  4. Masak nasi seperti biasa.


3 comments:

kasihredha said...

bestnya...
saya suka udang

Unknown said...

Something different dari yang biasa dok jumpa. Sure best nih!

GREENJADE said...

wow 1st time jumpe nasik dimasak dgn udang..syedappnye sis..i loikeee

harus menerai tis wiken nih..tenkiu :)