Tuesday, October 26, 2010

Nasi Bubur Ayam dan Bilis Goreng Serai

Bubur nasi ayam/ nasi bubur ayam (mana satu yg betul ye...) dan bilis goreng serai untuk lunch hari ni. Berselera makan terutama 'orang sakit' tu hehehe. Memanglah kan...kaki je yg sakit. Tapi sesekali makan nasi bubur ni memang sedap.


Nasi bubur ayam, bila letak daun kesom dan santan...lagi beraroma...

Bahan-bahan: (pandai2lah agak ye...)
  • Beras
  • Air
  • Isi ayam
  • Santan
  • Halia- dihiris
  • Karot - potong dadu
  • Daun Kesom
  • Kiub pati ayam
  • serbuk lada hitam
  • serbuk lada putih


Cara Memasak:
  1. Cuci berasa dan rebus dengan air yg secukupnya.
  2. Keudian masukkan isi ayam, karot, kib pati ayam dan daun kesom serta halia dan masak sehingmga menjadi bubur. Kacau sekali sekala.
  3. Setelah itu masukkan santan, serduk lada hitam dan lada putih dan perasakan dengan garam(jika perlu).
  4. Angkat dan hidangkan.




Ikan bilis goreng dengan serai...lagi membuka selera...


Bahan-bahan:
  • Ikan bilis
  • Bawang besar*
  • Bawang ang putih*
  • Halia*
  • Cili Padi*
  • Serai*
  • Minyak Masak
  • Sos Ikan
  • Garam secukupnya

bahan bertanda* - dihiris

Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bilis hingga kekuningan dan agak garing.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih halia, serai dan cili padi.
  3. Masukkan sos ikan dan perasakan dengan garam.
  4. Angkat.


5 comments:

izahdaut said...

akak..bilis goreng serai ni interesting la..masuk list..mekasih

azza_irah said...

uisshh..berselera..
baru smpi umah..perut lapa..
yummyy..idea yg bagus..

kayteeze said...

Uwaaa.....

Kak tie suka betul bubur nasi, terutama dengan ikan bilis tu... terliurnya!

Hann said...

yeah.. bilis tu nampak je dah tau sedap.. sampai ke sini baunya!

Toko Online Kalistajaya said...

mg bermanfaat y gan..