Tuesday, October 19, 2010

Daging Masak Manis dan Masak Lemak Pucuk Paku

Resepi dari Majalah Saji Edisi Ramadhan 2010. Sedap juga. Sy ubah sikit, letak cili kisar dan tomato segar. Lauk utama kami lunch hari ni.





Bahan-bahan:
  • 200 gm daging - dihiris nipis

Bahan Kisar:
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1.5 sm halia
  • 1/2 sudu makan biji ketumbar
  • 1/2 sudi makan serbuk lada putih
  • 2 sudu makan kerisik
  • 3 sudu makan gula merah
  • 1 sudu makan cili kisar - ni sy yg pandai2 letak...
  • 1 sudu teh garam
Cara Memasak:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar dan cili kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ketumbar, lada sulah dan daging . Kacau rata.
  3. Selepas itu masukkan gula merah, garam dan kerisik. Kacau sebati. Masak sehingga daging lembut dan garing.
  4. Angkat, hiaskan dan sedia untuk dihidang.




Semalam pergi pasar malam ( sy jarang pergi pasar malam). Borong macam-macam sayur kampung. Untuk hari ni masak sayur lemak pucuk paku, campur dengan keledek dan udang serta sedikit daun kesom.



3 comments:

Mas said...

sedapnya masak lemak pucuk paku...

Mak Su said...

dua2 pun sy suka, tq kasik idea

Suzi said...

mas,
sebenarnya dah lama akak tak mkn sayur pucuk paku...puas hati dpt makan.

mak su,
sama2.