Thursday, October 14, 2010

Ayam Dengan Sos Tiram


Ayam dengan sos tiram...geng nasi ayam harum basmathi n3 semalam. Ubahsuai sikit dari Majalah Keluarga -Julai 2010. Resepi asal semuanya guna sos brand "life"...


Bahan-bahan:

Untuk perap:
  • Seekor ayam ( sy potong 4)
  • 2 sudu teh garam
  • 1 1/2 liter air
  • Kiub/serbuk pati ayam
  • sedikit sos tiram

Untuk sos:
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan/minyak masak
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 5 sudu besar air
  • 1 sudu teh gula
  • sedikit serbuk lada sulah

Cara Membuatnya:


Untuk Ayam:
  1. Sapukan ayam dengan garam, basuh dan toskan.
  2. Masakkan air didalam perutk besar sehingga mendidih. Kemudian kecilkan api dan masukkan ayam. Biarkan dalam 45 minit.
  3. Angkat ayam dan toskan. Kemudian perap dengan kiub/serbuk pati ayandan sedikit sos tiram dan goreng.


Untuk Sos:
  1. Panaskan minyak sapi/masak dalam kuali
  2. Masukkan bawang putih, gula, lada sulah,air dan sos tiram, kacau sebati.
  3. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Angkat dan tuang di atas ayam goreng yg telah dipotong.


4 comments:

Anonymous said...

salam suzi...ermmm nampak sedap ayam tu...anak2 mesti suka..makan nasi ayam dari air tangan ibunya...

Chik Mimi said...

suzi sedappppppnya nak menggendeng boleh ?

Unknown said...

salam suzi. sedaplah ayam tu. kakchik tengok pun terliur sakan ni. dah la belum sarapan :(

Suzi said...

kak ima,
Alhamdulillah...tapi memang puas mkn kalau masak sendiri kan?

kak mimi comey,
sayang semuanya....sudah telambat...hehehe


kak chik,
boleh buat utk lunch nanti...