Wednesday, October 27, 2010

Asam Pedas Daging

Malam ni nak berkongsi resepi asam pedas daging. Resepi yg dicuba minggu lepas lagi. Sebelum ni dah ada resepi asam pedas daging kat SINI...bezanya yg ini tak gunakan daun kesom. Resepi dr majalah Keluarga Julai 2010.



Bahan-bahan:
  • 100 gm daging-dipotong dan direbus
  • 1 1/2 sm halia*
  • 2 labu bawang besar*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 sm kunyit hidup*
  • 2 1/2 sm belacan*
  • 20 tangkai cili kering*
  • 1 1/2 sm lengkuas-diketuk
  • 2 batang serai-diketuk
  • 1 cawan air asam jawa
  • 5 helai daun limau purut
  • sedikit minyak dan air
  • Garam secukup rasa.

bahan bertanda * - dikisar

Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak dan tuiskan semua bahan yang dikisar hingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan air asam jawa, sedikit air, daging yang telah direbusberserta air rebusan, lengkuas, serai dan garam,
  3. Setelah mendidih, masukkan pula daun limau purut.
  4. Kalau suka boleh masukkan ubi kentang. (- sy masukkan karot dan terung)

1 comment:

zureen @ mama said...

Sedap ni..zureen belum pernah cuba masak daging masak asam pedas begini..