Wednesday, September 9, 2009

Menu 17 Ramadhan

Makan nasi putih dengan lauk bawah ni...sayur makan sayur saad je. Anak2 pulak sup ayan.






Asam Pedas Daging


Ni kali kedua buat asam pedas ni. Sedap!...saya memang suka je asam pedas tak kira ayam ke...ikan ke...daging ke...
Resepi asal dr CMG tapi ceduk kat dapur Ita (Jepun). Thanks, berkongsi resepi....



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)( ita guna dagng biasa tak de tetel sini)
  • 1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 cawan jus asam jawa
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 8 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 camca besar lada hitam*
  • 1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
  • Air secukupnya
** saya tambah letak serai...bunga kantan tak letak sbb takde...

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
3. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

ini tip CMG yang tulis...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, boleh tambah serai titik, tomato, terung dan kacang bendi. Ikut lah kehendak hati masing2...Kalau masak malam, esok pagi makan, lagi terangkat u!!





Popia Goreng

jalan2 rumah kak Nor Trg, nampak popia Kak Nor...teringin nak buat inti tu , walau bahan2nya tak ckp pun...sayur sy letak karot, taugeh dan kentang. Alhamdulillah kena dgn selera. Minta izib copy-paste ye Kak Nor...tq!

Bahan2:
  • isi udang/ayam ~ dipotong kecil2
  • carrot
  • ubi sengkuang
  • kacang panjang ~ dihiris
  • timun batang
  • taugeh
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 3 ulas bawang putih ~ dicincang
  • 1 kiub pati ayam
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak
  • kulit popia secukupnya

Cara2:
  1. Carrot, ubi sengkuang dan timun batang dipotong dgn pisau spt batang mancis.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan isi udang atau ayam.
  3. Goreng sekejap dan masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, kiub pati ayam dan garam. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan sayuran yg keras dulu spt carrot dan kacang panjang, kacau.
  5. Masukkan pula ubi sengkuang, kacau2 kejap dan masukkan taugeh dan timun batang.
  6. Kacau/gaul semua hingga sebati dan biarkan seketika jer pastu terus tutup api.
  7. Jgn masak lama nanti sayuran jd lembik.
  8. Toskan dan masukkan ke dalam bekas lain. Jgn dibiarkan inti berterusan duk dlm kuali sbb haba kuali dan dapur boleh teruskan proses masak sayuran tu.
  9. Bila dah sejuk boleh la di gulung dlm kulit popia hingga habis.
  10. Bolehlah digoreng hingga masak dan dicicah dgn sos popia.
  11. Lebihan yg belum digoreng boleh dimasukkan kedalam bekas dan disimpan didalam freezer.

* jgn sesekali potong sayuran dgn penyagat. Ni yg membuatkan inti jd kurang sedap dan lembik. Kalau kita potong dgn pisau, inti tu insyaallah akan masih rapuh.. krup krap lg bila dimakan.
** jgn sesekali masukkan air masa menggoreng inti sbb air dari sayuran spt timun, taugeh akan keluar. Bila dah bercampur dgn air yg kita masukkan, inti akan jd kurang manis.
*** proses menggoreng inti tak leh lama2, nanti inti jd lembik . Jadi perlu menggunakan api yg kuat sikit.
**** kuah yg terhasil jgn ler dibuang, sayang tuh.. sedap bila dihirup..


5 comments:

ain said...

sedap asam pds daging tu.tu hari akak dh nak buat dah..bila tanya hubby n anak2...depa x suka sgt. cancellllllll!!!huhu

Deliah's Deli said...

nampak sedap asam pedas tetel ni,mcm style asam pedas melaka. popia goreng tu mmg laku kat sini :)

[-suziey-] said...

o tips berguna tu..sy slalu sagat jek..ekek:p
emm nape asam pedas tu lain ek..tp menarik la..

mummyseri said...

kak suzi tq kongsi tips tu..kalo xtau ..msti memanjang je le x sedap inti popia kitekan :)

Deliah's Deli said...

buat popiah goreng hari tu.sedap resepi yg suzi post ni.tq.