Monday, February 2, 2009

Jam Donuts

Resepi dr Noreen ....buat kecil2 biar nampak banyak. lagi pun yg makan pun mulut2 kecil....saya copy-paste je...tq Noreen.

Bahan-bahan (8 biji): ( saya buat kecil2 jadi dapat byk...)

  • 225gm tepung roti

  • 1/2 camt garam

  • 15gm mentega cair

  • 7gm (2 1/2 tsp) instant yeast

  • 125ml air suam

  • 1 biji telur

  • minyak untuk menggoreng

  • gula aising atau gula kastor secukupnya

  • strawberry jam secukupnya - ape2 jenis jam pun boleh ikut selera masing2



cara:

*masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan ulikan doh sehingga tidak melekat atau boleh jugak dipukul dengan mixer dengan menggunakan dough hook. pukul sehingga doh tidak melekat di mangkuk adunan - saya pakai BM

*keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai. bahagikan doh kepada 8 bahagian dengan satu seberat 55gm - saya buat saiz kecil2


*ambil satu doh bentukkan menjadi bulat dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu

*lakukan step 5 sehingga habis

*tutup dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45 min ke 1 jam
pada yang tinggal di negara 4 musim bolehlah disimpan di dalam oven (jangan ON kan)
letakkan dua cawan air panas di kiri kanan atau di tray yang paling atas

tutupkan pintu oven dan biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min ke 1 jam


*setelah itu bolehlah dipanaskan minyak dan goreng donut tadi sehingga masak dan keperangan


*salutkan donut dengan gula aising atau gula kastor


*masukkan strawberry jam sepenuhnya di dalam piping bag


*ambil satu donut dan cucukkan dengan muncung piping bag dan pipekan jam di dalamnya


*sedia dihidangkan


NOTE: resepi donut boleh ikut ape2 resepi pun tapi cara memasukkan jam boleh ikut cara kat sini

5 comments:

ain said...

donat lagi...yummy!!! klu resipi donat akak ada tiga empat, buat lumlg.hihihi.. they all lbh suka donat big apple je..huhuhu

Suzi said...

tulah kat m'sia...blh je beli ...senang nak dpt dan murah...

ima said...

donat...anak2 saya suka donat dan pernah sekali cuba buat sendiri...tapi tak menjadi...keras, tk naik gitu.

KakChik said...

sedap je nampak donat suzi tu. entah kenapa kalau tengok org lain punya mesti rasa sedap. yang kita buat nampak macam tak sedap je...

azza_irah said...

hehe...betul2 rajin la suzi ni..sntiasa ada masa masak..blogging..ngn anak2 lagi..tabik la azza..