Monday, February 16, 2009

Roti Mable Coklat

Terliur tengok roti ni bila pergi blog hana hari tu...dia punya bentuk love lagi hihihi...Resepi asal dr onigiri@myresipi.com...saya copy n paste je dr blog hana. Jgn marah ye hana nanti cepat tua hihihi...

Bahan-bahan
  • 200 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar butter atau marjerin
  • 140 ml susu segar
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air
Cara-cara
  1. masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
  2. perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
  3. Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.
  4. satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.
  5. tutupkan keseluruhan adunan tadi
  6. potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.
  7. letak dlm sandwish loaf.
  8. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
  9. siap dibakar dan sejukkan atas redai.

Nilah roti pertama hasil dr oven kat rumah baru....

9 comments:

azreen said...

bile la agaknye saya nak rasmikan BM tuh ek....hehehehe

ain said...

nmpak gaya klu mcm akak yg malas nak uli2 ni kena le beli bread maker.

Rafizah Nordin said...

k suzi,
merata2 sy tgk roti marble ni...mmg spread satu donia la virus roti marble ni...sy pun rase nak try tapi belum sampai seru gak eh...tepung roti ade je dalam lemari tu ha...

Tie said...

Suzi, boleh tak guna tepung pau, ganti tepung roti tu?

Kak tie dah penat cari keliling supermarket, tak de la tepung roti tu....dulu senang gak nak cari...ke pengilang tak buat lagi, kot.

[-suziey-] said...

bestnye roti marble nih..tp sy buat roti xpnh menjadik..xpandai uli kot.huhu

KakChik said...

assalamualaikum suzi.

kakchik pun dah plan nak buat roti ni tapi kena masuk senarai menunggu dulu sebab nak buat roti lain dulu.

dah mula tergoda sejak tengok di blog hana. skrg makin tergoda.

naz ilyn said...

salam...
wah sedapnya... saya suka kalau dapat tetangga macam suzi ni... kata orang sama merasa kenyang perut...hihihi

Mak Su said...

fuyooo! sedap giler nampaknya!

Suzi said...

salam...

azreen,
amboi blm pecah dar lagi BM awak??..bila lagi???

kak ain,
disyorkan beli...nanti rajinlah akak buat roti...

fiza,
bila tu nak sampai seru???

kak tie,
tak tahulah kak tie...
alah susah2 guna je tepung biasa...blh juga...
tak pun cari tepung yg protein tinggi...

suziey,
blh terus mencuba...kadang2 cara uli mempengaruhi...kadang2 jenis tepung pun...

kak chik,
tunggu roti marble kak chik lak...hihihihi

naz,
doa2lah ..tak pun naz yg start dulu hantar kuih utk jiran2...:)

mak su...
sedaaaaaap!! hihihih....