Thursday, September 3, 2009

Menu 11 Ramadhan

Menu utama, nasi impit, satay goreng dan kuah kacang. Resepi satay goreng boleh klik SINI...saya ikut cara tu tapi paaki rempah satay yg dalam botol ...nak habiskan...

Kuah kacang ni resepi Kak Rinn Chan...terima kasih Kak Rinn, saya copy-paste ye...




KUAH KACANG IBUNDA


Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit

Dikisar dgn air:
6 batang serai
2 inci lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering, direndam

Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 susu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml

Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah
kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
* Ada petua menggunakan buah keras utk memekatkan kuah tapi rinn tak menggunakannya.
**Rinn tidak juga menggunakan santan kerana ia membuatkan kuah kacang cepat basi.

6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.





Pemanis pulak buat kuih butir nangka...pernah buat dah dulu..klik SINI. Kali ni kuah tu saya letak lempuk...ada rasa durianlah sikit hihihi..blh jadi kuih butir durianlah kot hihihi....


6 comments:

ain said...

sedapnya ns impit mkn ngan sate goreng. siap ada kuah kcg lagi.terangkat!!

Shada said...

best betul menu suzi

Fiza Nordin said...

ish,macam dah raye plak...heheheee sedapnye kuah kacang kak suzi!!!

smlm sy buat tauhu sumbat, hb kate klu makan dgn kuah kacang lagi sedap...ade2 jek...xpe,next time buatlah...klu dah terkelur kat mulut suami tu,klu tak buat,lain macam je rase hati bininya ni.lambat atau cepat kene gak la buatkan...

Chik Mimi said...

Suzi meriahnya menu die ,nnti akak datang berbuke sekaki ye

Deliah's Deli said...

sate goreng dgn kuah kacang dan nasi impit - mcm dah raya lah!

Suzi said...

kak ain,
terangkat!!

shais,
biasa2 jelah :)

fiza,
isteri mithalilah tu...hihihih

kak mimi,
alah kak, dua kaki pun blh hihihi

deliah,
sabo...sabo...lagi 2 minggu