Tuesday, September 29, 2009

Puding Buih

Ni pun sama..menu di akhir2 Ramadhan hari tu...Resepi dr dapur Kak Nor...TQ Kak Nor!


Bahan2:

* 1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
* 1.75 liter air
* 9 sudu besar gula
* 1 helai daun pandan ~ disimpul
* 6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
* 1 tin fruit cocktail ~ optional
* pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur

* UTK KUAH
* 1 tin susu cair
* 2 tin air (guna tin susu cair)
* 7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
* 2 sudu besar tepung kastard
* 1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
* 2 helai daun pandan ~ disimpulkan
* 1/2 sudu kecil garam

cara2:

1. Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
2. Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
3. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
4. UTK MEMBUAT KUAH:
5. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
6. Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
7.
**Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..





12 comments:

Tirana said...

Puding buih ni memang sedap. Dah lama saya tak buat..Asyik dok menjahit pulak sekarang ni..

cHeRyNa PiReS said...

mesti fluffly je kan kak suzi...sbb pakai putih telur:)

* tak pernah try...tp nak suruh ibu try..dia msti suka:)

[-suziey-] said...

waaa msti sedap nih..cantek je rupenye..sesuai ni jadi desert utk open house..ekeke:D

Tie said...

Alaahai....

Tak keluar pulak gambor puding tu, kempunan la kak tie ni, hu hu...

ain said...

sdpnya di mkn waktu tgh pns2 terik cam ni!!!

Sasha said...

hihi... entri Ramdhan tak abis lg... sedap tu!!... rasa2nya sesuai ker utk hidang masa raya?

Deliah's Deli said...

sodap ni :)

hazeleyed said...

Salam
kakak minta izin ambil resepi ni ek
nantiada masa kakak cuba buat.Tq

fzi said...

Salam suzi...
Salam aidilfitri...
Bestnya puding buih tu...boley la akak try buat nnt...ni akak asyik2 duk ulang buat agar2 kosong je wat pencuci mulut :)

Mak Su said...

puding buih memang maksu suka, tapi tak larat nak buat, suka makan jer

Suzi said...

tirana,
rajinnya tirana ni, macam2 buat...jahit, membaca...kagum!

sha,
trylah,lg sedap mkn time cuaca panas...sejuk tekak hihihi

suziey,
dah buat open house ke?

kak tie,
alahai keisannya...dtg lglah kak tie

kak ain, betul tu...nyaman tekak

sasha,
hihihi...
sesuai kot. dulu2 selalu gak mkn ni masa open house

deliah,
sedaaaap!

hazeleyed
salam kenal, sila2 kita sama2 berkongsi...

kak fzi,
agar2 kosong ok gak...senang dan cepat hihihi...
trylah kak ubah selera...

maksu,
hihihi...samalah kita mak su...

排骨酥May said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社