Thursday, August 6, 2009

Kuih Butir Nangka


Ni sebenar dah buat semalam dah, baru berkesempatan letak kat blog. Hana n Ijan dah buat dah kuih ni tu yg terliur tu. Lama betul tak buat. Anak2 suka sgt....minta buat lagi...Resepi copy-paste dr blog Ijan....tq ijan. Saya pun sama dgn Hana letak sagu sikit.

Kuih Butir Nangka (7-8 orang)

  • 4 cawan tepung beras pulut
  • air
  • sedikit kapur makan (kite tak letak, takde)
  • secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan
  • (bahan utk kuah)
  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula (kite guna brown sugar)
  • 1 sudu makan halba (kite tak letak, kurang gemor)
  • garam
  • daun pandan
  1. Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  3. Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
  4. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan… bila masak ia akan timbul…
  5. Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
  6. Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
  7. Bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.
  8. Lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.




7 comments:

blogresipi said...

Letak sagu pon mesti lagi sedap ye kak... nanti kite kalo buat algi nak letak sagu gak la... heheh

ain said...

su dah buat ekh..??akak dh gak..cuma lum masuk blog je. akak nak letak sagu gak, tp x jumpa plk mana akak ltk si sagu tu.hihi..semlm akak buat cuma letek keledek aje.

ima said...

suzi pun dah buat kuih butir nangka ni...ima ni tahu makan je,buatnya tak pernah pun lagi...

bila tengok semua kawan dah buat,ima pun rasa teringinlah nak cuba buat...hehehe

Deliah's Deli said...

berselera tgk pengat tu.kami pun suka sgt pengat2 ni :)

Suzi said...

ijan,
trylah..sedap.

kak ain,
saya pun selalu gak cam tu kak...rasa cam ada je tapi tak ingat letak kat mana...

ima,
trylah...senang je pun...

deliah,
sedap..kan?

azreen said...

tak pernah makan....mesti sedapkan....blehla try nnti....

kakchik said...

kami makan butir nangka ni untuk hari pertama berbuka. simple, manis dan sedap.