Wednesday, September 30, 2009

Ayam Masak Merah Bermadu

Lauk utama kami hari ni. Resepi dr dapur Kak Nor Trg. Sedap. Kena dengan selera kami. Cuma sy ganti cili mesin dengan sos cili manis sbb anak2 tak tahan pedas. Terima kasih kak Nor berkongsi resepi, sy copy-paste ye kak...
Sy makan dengan nasi kuning.

Bahan:
  • 1/2 ekor ayam ~ dipotong dan toskan
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 3 labu bawang besar ~ diblend
  • 3 ulas bawang putih ~ diblend
  • 1/2 in halia ~ diblend
  • garam
  • 3 sudu besar madu
  • air asam jawa/tomato sos
  • 1 sudu besar kicap manis
  • air secukupnya
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
  • minyak


Cara2:
  1. Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
  2. Tumiskan cili mesin hingga garing dan masukkan bahan yg diblend. Kacau.
  3. Bila bahan2 tumis dah garing, masukkan 1/2 gelas air . Tujuan masukkan air ni utk nak bagi rempah2 tumis tu pecah minyak dgn elok.
  4. Masukkan garam dan masak hingga tumisan garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan kicap dan 1 gelas air lagi. Masak hingga mendidih barulah dimasukkan air asam jawa/sos tomato.
  6. Sentiasa gunakan api yg sederhana dan jgn sekali2 kerana nak cepat dibuka api yg besar. Memang kuah kita kering tp rempah2 tu kurang 'masak'.
  7. Masak lah hingga kuah hampir pekat baru la dimasukkan madu. Gaul sebati.
  8. Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak dan kuah pekat.
  9. Masukkan bawang yg dipotong bulat, kacau2 kejap dan padamkan api.
  10. Hidangkan dgn nasi putih. Boleh gak dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dll..



14 comments:

cekgu dila said...

sedapnya...
boleh la nanti, guna resepi ni untuk nasi tomato...masa raya hari tu tak jadi buat..huhu....

ain said...

akak ni tgh nak try ayam masak merah abah akak. sedap gilos!! hubby n anak2 siap ratah kuah ayam aje. akak yg xsuka sgt...jd suka pulak. masa raya tu hari akak tengok tengok abah masak, cuma x salin resipi aje. main buat2 gitu takut ada tertinggal bhn. nak kena salin gak la!!!

Deliah's Deli said...
This comment has been removed by the author.
Deliah's Deli said...

masak mcm ni laku esp kalau tak pedas sgt...sedap tu :)

cHeRyNa PiReS said...

bagusnya idea kak suzi...boleh makan dengan nasi impit lebih2 tuh:)

buat kuah lodeh pon sedap gak nieh.

(ceh...pandai2 je kawan2 kan lauk...)

Sasha said...

byk resipi ayam masak merah... tak tau mana satu nak cuba... yg ni mcm pernah buat tp tak boh kicap...

Shais said...

salam aidil fitri suzi,
lama tak jengah.

jap tadi saya dok belek2 resepi suzi yg dulu2...tertiba je nak masak masakan yg jarang masak...dah salin...esok cuba buat.

Tie said...

Hmmm... sedap tu, hi hi...

ima said...

suzi...nampak cam sedap..anak2 ima pasti suka...

Shais said...

salam suzi,

nak minta email....suzi boleh tak email saya, sha_is@yahoo.com

GreenJade said...

vahhh best nmpk begaye & lazat gitu..bley dimasukkan dlm menu open hse nih hehe

blogresipi said...

Sedapnye nampak ni kak Suzi... menu lepas pose ni kalo terliur tahan le sikit pasal boleh makan.hehe.. (macam le pose hari tue) :D

Mak Su said...

bolehlah saya terai hujung minggu ni ker...

Tie said...

Lama tak dengar khabar... Suzi sihat ke ? Sibuk dengan anak2 ?

Tak pe laa... selamat beristirehat...